AKIM MALU KERANA TERPAKSA TAYANG BADAN DALAM FILEM HOREE!HOREE!

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga pelakon utama filem Hoore! Hoore!, Akim Ahmad (AF7) mengakui berasa segan untuk membuka baju dan menayangkan tubuhnya dalam filem itu.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 21, berkata walaupun dia berasa berat hati untuk berbuat demikian dalam beberapa adegan namun ia terpaksa dilakukan demi memenuhi tuntutan skrip.

“Saya berasa sangat segan apabila terpaksa menayangkan badan dalam beberapa adegan filem ini tetapi atas dasar profesional, saya terpaksa sesuaikan diri dan turutkan juga.

“Kalau diperhatikan, saya mencuba sedaya upaya untuk melindungi badan dengan baju bagi adegan yang memerlukan saya menayangkan badan.

“Pada adegan di sungai pula, saya lebih selesa untuk menyarung singlet walaupun pihak produksi meminta saya tanggalkan baju agar lebih realistik ketika mandi di sungai,” katanya kepada mStar Online.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Ditanya mengenai alasan dia membuat keputusan berkenaan, Akim berkata sebagai seorang pelakon dia mahu mempamerkan lakonan dan bukan bentuk badannya.

“Saya mahu penonton melihat lakonan saya dan bukannya benda-benda lain. Kita tidak tahu persepsi dan respons orang yang menonton jika melihat saya tidak berbaju.

“Saya bimbang jika tindakan itu (tidak berbaju) akan memberikan kesan yang tidak baik kepada penonton,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Akim berkata penantiannya selama empat tahun untuk muncul dengan album sulung bakal terjawab pada Jun atau Julai depan.

“Akhirnya, impian saya untuk mengeluarkan album akan terlaksana dengan kelahiran album yang memuatkan 10 buah lagu itu.

“Mungkin ada yang kata, saya terpaksa menunggu terlalu lama sehingga empat tahun sejak keluar daripada Akademi Fantasia tetapi saya tidak kisah. Saya percaya kepada strategi dan perancangan pihak pengurusan,” katanya yang masih bernaung di bawah Astro Entertainment Sdn. Bhd.

Filem muzikal arahan Saw Teong Hin itu turut menampilkan pendatang baru Farah Nazirah dan barisan pelakon berpengalaman seperti Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor dan Fauziah Nawi.

Ia bakal ditayangkan pada 24 Mei ini bagi memperingati sehari sebelum ulang tahun kelahiran Allahyarham pada 25 Mei 1954.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*