banner

AWAS!!TAKTIK MENGINTIP PERGERAKAN ANDA, RAKAMAN IMEJ ANDA MUNGKIN DI JUAL…

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

Beberapa kedai di Jalan Pasar, Kuala Lumpur menjual kamera intip dalam pelbagai bentuk seperti penyangkut baju dan kunci kereta.

KUALA LUMPUR: Awas, jika seseorang memberi kertas tisu di dalam sebuah kotak. Kotak tersebut mungkin merupakan sebuah kamera yang merakamkan setiap pergerakan anda.

Kamera intip kini boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan saiz serta boleh kelihatan seperti barangan biasa termasuk penyangkut baju, teg pengenalan, jam, pemadan elektrik, pembersih udara dan tanda keluar.

Ia beroperasi seperti kamera biasa tetapi saiznya berbeza mengikut aktiviti penyamaran.

Ada di antaranya boleh merakam imej jelas dan dijual pada harga berpatutan.

Kamera intip seperti kunci kereta sebagai contoh boleh dibeli pada harga serendah RM45 berbanding kamera televisyen litar tertutup.

Kebanyakan kamera intip adalah tanpa wayar dan menghantar data kepada penerimanya tanpa wayar.

Bagi kamera intip murah, video dirakam dan disimpan di dalam memori dalaman alat tersebut atau kad memori berasingan.

Video itu boleh diperolehi semula apabila disambung ke komputer menerusi wayar USB.

Seorang jurujual peralatan elektronik di Jalan Pasar di sini memberitahu The Star bahawa model kamera intip tanpa wayar yang popular adalah dalam bentuk jam tangan, pen dan kunci kereta.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Dia turut menunjukkan sebuah kotak tisu yang mempunyai kamera dengan lensa yang direka seperti kod bar.

“Kamera intip berbentuk kotak tisu ini berada di pasaran sejak lima atau enam tahun lalu tetapi tidak begitu popular sekarang. Ia boleh merakam bunyi,” katanya.

Kamera tersebut berharga sekitar RM250 dan didatangkan bersama dengan alat kawalan untuk memulakan dan menghentikan rakaman.

Jurujual itu berkata, kamera tersebut boleh merakam video sehingga dua atau setengah jam dengan kad memori bersaiz empat gigabait.

Katanya, beberapa pembeli terdiri daripada anggota polis dan mereka yang ingin mengintip pergerakan pasangan masing-masing atau mengawasi amah di rumah.

Seorang jurujual di kedai berasingan berkata kamera intip boleh menyerupai penyangkut baju yang diperkenalkan di pasaran tahun ini.

“Apa yang anda perlukan ialah meletakkan kad memori di dalam kamera intip untuk merakamkan video. Bateri di dalam kamera itu boleh dicas menggunakan wayar USB,” katanya.

Kamera intip berbentuk penyangkut baju dijual pada harga RM90 manakala yang menyerupai tag pengenalan berharga RM420.

Jangka hayat bateri kebanyakan kamera intip bagaimanapun bergantung kepada aktiviti penyamaran kerana peralatan itu kebanyakannya tanpa wayar dan tidak dihubungkan dengan bekalan elektrik.

Kamera intip, bergantung kepada model, boleh merakam video di mana saja bermula dari 40 minit selama beberapa hari.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*