GAMBAR MAJLIS PERSANDINGAN AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KUALA LUMPUR, 5 MEI 2012: Sebagaimana semua sedia maklum, pasangan pengantin baru Scha Al Yahya dan Awal Ashaari atau SchAwal merupakan selebriti yang sering tampil menarik dengan pilihan gaya tersendiri.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, dua selebriti ini merupakan pasangan yang paling Stailista dan bergaya hebat dengan nuansa fesyen tersendiri serta jenama pilihan, tidak kira daripada rekaan tempatan mahupun antarabangsa.

Menyerikan majlis pernikahan dan berinai yang telah berlangsung malam semalam, SchAwal telah memilih dua pereka fesyen popular tempatan, Syaiful Baharim dan Rizman Ruzaini untuk tampil hebat pada kedua-dua acara penting dalam hidup mereka itu.

Persalinan dari rona putih suci bersih rekaan Syaiful Baharim telah menjadi pilihan SchAwal untuk memberi makna cukup simbolik bagi acara akad nikah, sekali gus menjadikan penampilan mereka bak pinang dibelah dua.

Mungkin bagi sesetengah pihak, kurung Melayu cekak musang yang disarungkan Awal Ashaari tidak banyak bezanya dengan kurung Melayu biasa, tetapi itulah yang menjadi pilihan pengantin lelaki pada hari bahagia berkenaan.

Apatah lagi rekaan Syaiful Baharim sangat dikenali dengan keselesaan, kesempurnaan buatan dan rekaannya yang tersendiri.

Sejuk hati memandang ke arah Scha Al Yahya kala cincin disarungkan kejemarinya. Lebih menusuk kalbu lagi apabila persalinan Syaiful Baharim yang digayakan pengantin perempuan itu tidak terlalu sarat, tidak terlalu mencuba, cukup sekadar potongan kurung moden ringkas diperindahkan dengan pemilihan padanan fabrik lace istimewa.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Inspirasi lace yang sama juga dijadikan selendang bagi melitupi wajah berseri Scha Al Yahya yang telah didandan cantik oleh jurusolek terkenal Najib.

Berpindah ke acara merenjis, suasana lebih meriah mula menjelma tatkala kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah’s Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.

Untuk pengetahuan semua, pihak Atiqah’s Songket telah memperntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala.

Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.

 

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*