Panas!..

KARNIVAL KERJAYA KEBANGSAAN 2012 DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH[UMS]

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

KOTA KINABALU — Kira-kira 20 syarikat swasta yang bertaraf multinasional dan agensi kerajaan akan mengambil bahagian dalam Karnival Kerjaya Kebangsaan 2012 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Mansur berkata, karnival buat kali ketiga itu terbuka kepada semua pelajar tahun akhir dan graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Karnival ini secara langsung dapat memberi peluang kepada pelajar tahun akhir dan graduan IPT untuk bersemuka dan berinteraksi dengan syarikat dan agensi luar dalam memberi pendedahan dan latihan kepada mereka,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Kasim berkata, pendedahan dan penyampaian maklumat merupakan asas penting yang perlu dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan tatacara menghadapi temu duga.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 8,000 pelawat akan mengunjungi karnival itu.

Kasim turut berharap agar agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk menemu duga dan memilih para calon yang berkualiti serta memenuhi kemahuan organisasi tersebut.

Karnival kerjaya yang bermula pada 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Kuliah Pusat 2 UMS itu turut menyediakan ceramah kesedaran, ujian kerjaya dan bengkel kerjaya. — BERNAMA

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top