banner

KEMALANGAN BAS EKSPRESS DI JALAN KUALA KANGSAR : SEPASANG SUAMI ISTERI MAUT

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

IPOH: Sepasang suami isteri terbunuh, manakala 17 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspress dan lori di Km 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manab Bahrum berkata, pemandu lori Ong Khian Hock, 51, dan isterinya Loh Weng Chan, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mereka berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita.

Abdul Manab berkata kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Ong Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Lenggong.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Abdul Manab berkata, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas Azmi Abdul Rahman, 48 dan dua penumpangnya Norliza Che Moh, 40, Fadilah Mahmud, 43 dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Seramai 14 lagi penumpang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

Mereka adalah antara 38 anggota wanita Umno Bahagian Gerik yang sedang dalam perjalanan pulang ke Gerik selepas menghadiri majlis ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Akibat kejadian itu kedua-dua kenderaan itu remuk di bahagian hadapan dan penumpang bas yang terperangkap dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Lenggong. -BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*