Panas!..

KENCHANA DEVI TERKEJUT DI TUDUH BUAT KECOH DI SURIA FM

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Kenchana Devi menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia “hanya tahu buat kecoh” ketika bertugas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang kepada pendengar.

Kenchana berkata, selama empat bulan bertugas mengendalikan segmen Ceria Pagi di Suria bersama Halim Othman dan Nabil Ahmad, dia tidak pernah pun menerima komen sedemikian.

“Saya pelik juga bila ada yang tidak selesa dengan pendekatan yang digunakan untuk menceriakan pendengar. Walhal kebanyakan respons, pendengar berpuas hati dengan kekecohan yang kami timbulkan.

>
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Kalau hendak tahu, setiap perbualan antara saya, Nabil dan Halim pada setiap pagi dikawal dan dipantau. Kami tidak bercakap, berlawak serentak atau buat kecoh tidak tentu pasal,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai perubahan yang dirasainya sejak bersama radio itu, Kenchana memberitahu dirinya semakin dikenali apabila dia mula dikerumuni orang ramai apabila berada di kawasan awam.

“Saya terkejut juga apabila semakin ramai yang mula mengenali dan mahu bergambar jika terserempak di mana-mana.

“Ia adalah satu penghargaan buat saya apabila kerja kita diterima oleh masyarakat. Namun, saya tidak pernah terfikir untuk mengejar populariti dengan menyertai radio,” katanya.

Mengenai perkembangan lakonan, pelawak itu berkata dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri komedi Sebumbung bagi musim ketiga di RTM.

Dia juga bakal sibuk dengan penggambaran beberapa program Deepavali di bawah syarikat produksi sendiri, Kanchana Shakti Production Sdn Bhd.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top