Panas!..

MORGAN [SMASH] TIDAK MENOLAK JODOH DENGAN STACY

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2012: Hasrat Stacy untuk berduet bersama Morgan dari kumpulan SMASH Indonesia tidak tercapai pada persembahan minggu ke tujuh galaksi Mania yang berlangsung di Shah Alam, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, persembahan Stacy pada minggu berkenaan sangat mempersona sehingga boleh disifatkan sebagai persembahan bertaraf antarabangsa.

Malah, kolaborasi Stacy bersama vokalis Projek Pistol iaitu Cliff Umar sangat mantap.

Pun begitu, perlawaan pihak produksi Mania untuk menyatukan Morgan dan Stacy di pentas sampai ke gegendang pendengaran Morgan sendiri.

Malah, Morgan turut mengikuti dan membaca laporan mengenai hasrat ini portal rasmi Mania iaitu murai.com.my.

Menjawab mengenai lamaran ini, Morgan memohon maaf kerana sehari sebelum Mania diadakan minggu lalu, dia sudah terikat dengan anugerah berprestij di Indonesia yang melayakkan SMASH menang tiga anugerah dari empat kategori yang tercalon.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Saya minta maaf kerana tidak dapat membuat persembahan dengan Stacy pada minggu lalu.

“Saya tidak keberatan untuk menyanyi dan menari bersamanya. Namun, masa tidak mengizinkan memandang jadual SMASH juga padat.

“Kalau diizinkan Tuhan, saya akan cuba untuk memenuhi undangan dari Malaysia tidak kira sama ada dari Stacy atau pun orang lain.

“Saya juga tidak akan menolak andainya saya berjodohan dengan Stacy,” katanya.

Sementara itu, Morgan ternyata gembira apabila peminat Stacy menyokongnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi tersebut.

Pun begitu, dia hanya mampu tersenyum tatkala ditanya tentang percintaan dengan pelantun lagu Kasanova.

Dalam pada itu, portal murai.com.my dimaklumkan, Stacy masih lagi berhasrat untuk berkerjasama dengan Morgan dalam beberapa projek.

Bagaimanapun, ia masih lagi menjadi tanda tanya apakah projek tersebut dan adakah ia masih berkaitan dengan Mania.

Kita tunggu jawapan daripada Stacy.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top