PELAKON PUTERI SARAH DAN AMMAR ALFIAN TANGGUH PERKAHWINAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

PERNAH terpalit dengan cerita kurang enak membabitkan sikap si kekasih hati, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kini mahu tampil sebagai artis bebas gosip dan berimej bersih.

Hubungannya bersama pelakon Ammar Alfian Aziz sudah pun menjangkau usia empat tahun, dan cinta mereka begitu teguh hinggakan bintang drama Dia Atilia ini mengaku mereka sukar dipisahkan.

“Hubungan kami masih berterusan kerana di hati dan fikiran saya hanya ada nama dia. Lagipun, saya memang seorang yang setia dalam percintaan dan sukar membuka hati kepada insan lain jika sudah berpunya.

“Cuma saya tidak mahu lagi kerjaya dikaitkan dengan kisah cinta. Ibu bapa saya juga sudah menegur berkenaan kisah cinta saya yang dijaja selama ini. Mereka pesan supaya kisah cinta saya tidak lagi digembar-gemburkan, sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada cerita kerjaya sebagai pelakon,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama bersiri Indera Joned, di ibu kota, baru-baru ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini berkata, sebagai wanita, tentunya dia mahu mengakhiri kisah cinta dengan si kekasih. Namun dia terpaksa melupakan impian itu seketika bagi memberikan laluan kepada perkembangan kerjaya selain mahu menyambung pengajian ke luar negara.

“Memang ada terfikir untuk berkahwin, tetapi saya tidak mahu melakukannya atas dasar cinta semata-mata, tanpa membuat persediaan dalam soal kewangan. Ia perkara penting. Saya sudah melihat banyak perceraian terjadi di kalangan rakan artis dan rakan karib sendiri, disebabkan soal itu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Saya tidak mahu berkahwin dan kemudian bercerai. Jika boleh, biarlah perkahwinan saya kekal. Perceraian pula kini sudah jadi seperti gaya hidup. Jadi untuk berumah tangga, saya perlu bersedia dan begitu juga dirinya. Kami perlu menstabilkan soal kewangan terlebih dulu,” katanya.

Puteri Sarah yang dilahirkan di England ini memberitahu, selain itu, cita-cita melanjutkan pelajaran ke United Kingdom menjadi sasaran utamanya.

“Saya mempunyai diploma dalam bidang pengurusan hotel dari UiTM dan dua ijazah di dua kolej swasta. Jadi, untuk mendapat jawatan tinggi dalam bidang hotel, ramai graduan yang mempunyai kelulusan dari luar negara menjadi perhatian dan keutamaan majikan. Ia realiti yang perlu diterima dan kerana itu saya mahu ke luar negara,” katanya.

Ditanya adakah dia mahu melupakan kerjayanya sebagai pelakon, bakat yang memulakan kerjaya dalam iklan komersial ini berkata, semua itu masih difikirkan dan peluang berlakon yang ada saat ini akan direbut sebaik mungkin.

“Sebelum saya meninggalkan Malaysia dalam waktu terdekat, saya mahu membintangi filem sebanyak mungkin. Jadi apabila sudah ke sana, peminat masih mengingati saya. Jika tidak berlakon pun, sekembalinya saya ke sini setelah tamat pengajian, saya akan aktif dalam komersial,” katanya.

Diaju perkembangan terbaru, wanita cantik ini berkata, dia turut menjayakan drama Adam dan Hawa serta filem Halilintar di bawah arahan Sharul terbitan Shah Wira Production, yang didakwanya sedikit mengecewakan dirinya.

“Rezeki saya masih ada dalam bidang lakonan. Bagi filem Halilintar, saya menjalani penggambaran pada Februari tahun lalu, tetapi agak terkilan apabila bayaran berjumlah RM10,000 masih belum diterima sehingga kini. Saya juga tidak tahu bila filem itu akan ditayangkan,” katanya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*