Panas!..

PENJELASAN PELAKON FATIN AFEEFA MENGENAI TATU BERTULIS NAMA DI PERUTNYA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

APA pula perangai dibuat Fatin Afeefa kali ini? Tak cukup lagikah isu sosial yang pernah heboh dalam industri hiburan sebelum ini? Kata sudah insaf, dah tak bertindik lidah dan tak ada hubungan istimewa dengan kaum sejenis, tapi tiba-tiba muncul gosip lain yang lebih sosial. Sekarang ini, pelakon berusia 18 tahun ini dikatakan buat tatu di perutnya. Siap ada bukti rakaman gambar tatu bertulis nama di bahagian depan perut sewaktu memakai seluar jeans.

Kalau benar itu adalah tatu Fatin Afeefa, buang masa sahaja pelakon filem Tentang Bulan danBrainscan: Aku dan Topi Ajaib ini bermati-matian mengaku dah berubah jadi baik.

Menjawab soalan panas melibatkan namanya itu, Fatin Afeefa melahirkan rasa kecewanya.

“Saya tak ada tatu di perut. Merepeklah sebab gambar tatu yang tersebar itu pun bukan saya. Entah gambar perut perempuan mana entah yang dirakam dan sebar fitnah cakap itu adalah saya.

“Saya tahu tatu bersifat kekal, ditoreh di bahagian kulit kita. Tapi saya tak pakai tatu, paling kuat pun saya pakai inai. Saya bukannya jahil sangat tahu nak bezakan dosa pahala.

“Memang dahulu, saya akui memang sedikit sosial. Saya hilang pertimbangan sedikit. Tapi sekarang ini, dah tak macam dulu lagi. Percayalah,” katanya dengan kesal Fatin ketika ditemui petang Rabu lalu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Apa tindakan segera Fatin Afeefa selepas mengetahui tentang penyebaran gambar tersebut? Pelakon yang berdarah campuran India Ceylon dan Bugis itu berkata dia pernah bertanyakan perkara itu kepada rakan-rakan lamanya dan hasil siasatan itu cukup menyedihkan.

“Memang ada yang ingin mendajal saya dan saya tahu siapa orangnya itu. Tapi saya tak nak ulas panjang-panjang perkara ini sebab perkara ini dah jadi kes polis. Saya dah buat laporan polis dan seeloknya saya tak nak cakap panjang tentang perkara ini.

“Saya kena lebih berwaspada hari ini bila terima ugutan daripada individu tertentu yang katanya nak sebarkan gambar tak senonoh saya. Entah dari mana dia dapat gambar saya dalam keadaan macam itu, memang tak ada idea.

“Sebab itu, saya betul-betul serius dengan perbuatan si penyebar fitnah itu. Dalam bab-bab memalukan ni, terus terang, saya banyak kali bersabar bila dengar cemuhan, kutukan orang di sekeliling.

“Saya diamkan saja sampai tiba satu hari nanti. Bila kebenaran terbuka di depan mata. Barulah orang tahu siapa Fatin Afeefa sebenarnya,” azam pelakon yang memulakan langkah sebagai anak seni seawal usia 16 tahun.

Ditanya tentang perkembangan terbaharu, Fatin Afeefa memberitahu bahawa dia sedang bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam Selangor lantaran tidak terikat dengan mana-mana tawaran penggambaran.

“Saya ada impian nak sambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang lakonan sama ada pada Julai atau Ogos nanti. Saya nak lebih fokus dalam bidang seni, dah tak nak terlibat lagi dengan cerita-cerita kontroversi.

“Saya percaya manusia berubah seiring dengan kematangan usia. Saya berharap selepas ini saya tak tersasar lagi dan kalau boleh, janganlah berterusan menghukum saya lagi,” pinta Fatin Afeefa penuh pengertian.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top