SEMAKAN SENARAI PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN PERTAMA 2012 DI PAMERKAN MULAI HARI INI

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 lokasi seluruh negara selama dua minggu, mulai hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

SPR dalam satu kenyataan, di sini memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serba guna/Rukun Tetangga/Balai raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Orang ramai juga boleh membuat semakan melalui laman web SPR di www.spr.gov.my.

Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar sudah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Warga yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

“Bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C tidak melebihi 20 orang,” katanya.

Borang itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih itu dipamerkan.

“Jika ingin membuat bantahan, pastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu,” kata kenyataan itu.

SPR memaklumkan suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong daripada Daftar Pemilih yang hilang kelayakan seperti meninggal dunia dan lucut hak warga negara.

SPR juga akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti politik.

Untuk pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faksimili 03-88889117 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – BERNAMA

Speak Your Mind

*