banner

AHLI KUMPULAN ONE DIRECTION, ZAYN MALIK CETUS KONSTROVESI|DITUDUH PENGARUHI PEMINAT MEMELUK ISLAM

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

LOS ANGELES 20 Jun – Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik dituduh cuba mempengaruhi peminat muda kumpulan itu memeluk Islam.

Seorang pengulas anti-Islam Amerika Syarikat (AS), dilaporkan memberi amaran kepada orang ramai supaya ‘menjauhkan anak perempuan mereka’ daripada kumpulan remaja popular di Britain itu.

Debbie Schlussel dalam blognya menuduh, Zayn, 19, ‘menyebarkan Islam’ di kalangan golongan remaja.

Ayah Zayn ialah rakyat Britain berketurunan Pakistan, manakala ibunya pula ialah wanita Inggeris.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Namun, Zudhi Jasser, rakyat AS yang sering menentang radikalisme Islam, menolak tuduhan itu, lapor akhbar Daily Star.

“Apa yang dilakukannya adalah sebagai tanda dia menghormati dan bangga dengan agama yang dianutinya,” katanya.

Debbie turut menuduh tatu tulusan Arab dan media sosial Zayn digunakan untuk mempromosi agama itu kepada peminatnya.

“Dia bukan sahaja tweet mengenai puasa di bulan Ramadhan, tetapi juga memberitahu peminat bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad nabi sebenar.

“Jauhkan anak-anak anda daripada Zayn Malik,” kata Debbie dalam amarannya kepada orang ramai dalam blognya. – AGENSI

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*