JUARA IDOLA KECIL 3- HARRIS ALIF MUNCUL DENGAN SINGLE BERJUDUL KISAH YANG TERINDAH

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Juara Idola Kecil musim ketiga, Harris Alif,13, akhirnya muncul dengan single pertama berirama pop, berjudul Kisah Yang Terindah yang telah dilancarkan di pusat membeli belah The Mines pada 25 Mei lalu.

Pada majlis pelancaran single tersebut, Harris menghiburkan ttetamu dan peminat dengan lagu-lagu cover Rindu Setengah Mati dari D’ Masiv, You’re My Everything dari Santa Esmeralda, dan Sedetik Lebih dari Anuar Zain, sebelum mempersembahkan lagunya, Kisah Yang Terindah.

Penyanyi di bawah naungan Universal Music Malaysia itu bakal mengadakan siri jelajah untuk mempromosikan single Kisah Yang Terindah, di lokasi sekitar Semenanjung Malaysia.

Siri jelajah itu akan diisi dengan persembahan khas daripada Harris dan sesi bertemu peminat.

Selain itu, pihak pengurusan Harris iaitu Streetz Crib Sdn. Bhd. akan mengadakan sesi ujibakat untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk bersinar.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Streetz Crib Sdn. Bhd. akan mencungkil dan manggilap bakat-bakat baru rakyat Malaysia yang berpotensi untuk memberikan keistimewaan kepada industri seni tanah air.

Bukan sahaja menyerlah sebagai penyanyi, malah bakat Harris juga terserlah dalam lakonan dan pengacaraan.

Harris terlibat dalam bidang pengacaraan beberapa buah rancangan televisyen seperti Berita Adik di 9 dan The VSQUAD.

Harris turut memperlihatkan bakat lakonannya dalam drama Sunat 21 dan Maafkan Kami yang disiarkan di RTM dengan memegang watak utama.

Di samping itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu turut menyumbangkan suara latar sebagai salah satu watak utama dalam filem Bola Kampung The Movie, dari mana Harris juga telah dipilih sebagai duta untuk filem animasi tersebut.

Tahun ini juga Harris telah menjayakan watak sampingan dalam filem Aku Kau dan Dia, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. yang akan ditayangkan di panggung wayang seluruh negara bermula 28 Jun ini.

Dalam pada itu, Harris juga berjaya memikat hati syarikat korporat lain apabila dipilih sebagai duta Exabytes, D&D Beauty House, Staedler Malaysia untuk Erra Art Club, dan Power of Ten Cent untuk Korea Gobal Peace.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*