Panas!..

MENU BARU KFC|KFC FLAMING CRUNCH DITAWARKAN DALAM TEMPOH TERHAD

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

KFC Holdings Malaysia Bhd (KFCH) menjangkakan menu terbarunya, KFC Flaming Crunch bakal menyumbang kira-kira 15 peratus kepada jumlah jualan bercampur sepanjang tempoh promosinya berlangsung selama enam minggu.

Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, pengendali rangkaian restoran makanan segera berkenaan memperuntukkan RM2 juta bagi aktiviti pengiklanan dan promosi menu terbaru itu untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“KFC Flaming Crunch boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk tempoh enam minggu saja,” katanya di majlis pelancarannya, di Kuala Lumpur, semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Beliau berkata, sempena pelancaran fasa kedua kempen ‘So Good’ KFC, pihak syarikat memberi keutamaan dalam aspek kepantasan perkhidmatan menerusi Cabaran Hidangan Makan Tengah Hari 60 Saat.

“Pelanggan yang belum mendapat hidangan kombo dalam tempoh 60 saat sebaik membuat pesanan akan diberikan seketul ayam goreng secara percuma. Cabaran ini bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang dan akan berlangsung selama empat minggu,” katanya.

“KFC Flaming Crunch adalah produk unik yang diperap dengan rempah Szechuan bersalut emping jagung rangup. Menu baru ini pasti digemari oleh pelanggan terutamanya penggemar makanan pedas yang sentiasa inginkan sesuatu yang baru,” katanya.

KFC menawarkan Flaming Crunch Snack Plate Combo pada harga RM11.50 manakala Flaming Crunch Dinner Plate Combo adalah RM14.95.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top