Panas!..

SUNSET MUSIC FEST DI TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT PADA 29 DAN 30 JUN 2012

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

KOTA KINABALU: Sesuai dengan keindahan pemandangan matahari terbenamnya, Tanjung Simpang Mengayau, utara Kudat dipilih sebagai lokasi untuk Sunset Music Fest tahun ini.

Bakal berlangsung pada 29 dan 30 Jun, konsert terbuka dan paling besar di Sabah ini menghimpunkan ramai artis tempatan dan antarabangsa.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata pemilihan Tanjung Simpang Mengayau dibuat setelah mengambilkira lokasi terbabit sebagai salah satu tempat paling indah di Sabah.

Menariknya tempat ini, katanya, adalah pesisir pantainya yang panjang dan menjadi titik pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.

“Pemandangan matahari terbenam, pasir pantai yang memutih dan laut yang membiru menjadikan destinasi ini sebagai salah satu destinasi yang paling hebat di Sabah.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Rumah panjang tradisional, ladang kelapa dan industri inapdesa yang menghasilkan madu dan gong juga adalah antara tarikan penting yang terdapat di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Menurutnya, penginapan mewah seperti chalet pantai, villa dan hotel ada di sini, untuk pelawat yang mahu bermalam dan menikmati muzik di Sunset Music Fest serta tarikan lain di Kudat.

“Tidak hanya dihiburkan oleh artis antarabangsa, penyanyi tempatan juga akan membuat penampilan pada konsert ini dan menyampaikan lagu popular mereka,” katanya.

Bolkiah berkata, terdapat sembilan artis solo dan berkumpulan dijangka mengambil bahagian dalam festival ini dan menyampaikan lagu dalam pelbagai genre.

Antara artis berkenaan adalah Safinaz Selamat, Jesselton Philharmonic Orchestra, Jackfruit, Rhythm of Borneo (ROB), Orkes Akiuku, Fabian William, Madnazir Madillah, Esther Applunius dan Roger Wang & Friends.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) atau Sri pelancongan di talian 088-212121 atau 088-232121.

Orang ramai juga boleh menghantar emel ke [email protected] atau dengan melayari www.sabahtourism.com.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top