Panas!..

TELINGA BERDESING ATAU TINNITUS|TANDA, PENYEBAB DAN RAWATAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .

Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.

Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala

Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit. Ia boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga. Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang

Gejala gejala berkaitan:

  • kurang pendengaran
  • sakit kepala
  • pening kepala(vertigo)

Sebab-sebab

Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti Antara punca-punca yang dikenalpasti:

  • Saluran darah tidak normal
  • Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
  • Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
  • Kecederaan kepala
  • Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
  • Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
  • Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
  • Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
  • Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
  • Angin ahmar
  • Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.

Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas Gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
  • Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
  • Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
  • Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain

Komplikasi

  • Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
  • Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius

Rawatan

Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya Telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.

  • Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.

  • Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
  • Tinnitus “masker” untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
  • Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
  • “Masking”

(rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)

  • Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini

Pencegahan

  • Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
  • Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
  • Elakkan merokok
  • Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
  • Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
  • Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
  • Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top