Panas!..

TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 55 TAHUN 2012- “JANJI DI TEPATI”

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan membabitkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka, manakala pada sebelah malamnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Pada keseluruhannya, saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, di sini semalam, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia belum diputuskan.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai yang akan di anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia, manakala pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program berkaitan belia di Menara Kembar PETRONAS.

“Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru,katanya.-BERNAMA

Comments are closed.

Scroll To Top