ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 19: ARTIS BUKAN WARGENEGARA LAYAK BERTANDING

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Majlis anugerah yang menghargai hasil karya pemuzik tanah air, Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ini melonggarkan syarat kelayakan untuk artis yang ingin bertanding.

Tidak seperti tahun lepas dimana penyertaan hanya dibuka kepada 100 peratus penggiat muzik berwarganegara Malaysia, tahun ini syarat kelayakan juga dibuka kepada artis yang berpangkalan di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara anugerah tersebut.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 19, Rosmin Hashim berkata, walau bagaimanapun, mereka juga harus memeterai perjanjian sebagai artis ahli syarikat rakaman dan syarikat Penerbitan RIM.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

“Syarat kelayakan  untuk artis pada AIM 19 ini dilonggarkan bagi memberi peluang kepada artis yang berpangkalan di Malaysia mengetengahkan bakat mereka,” kata Rosmin di majlis sidang media AIM 19 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syarat kelayakan ini juga dibuka kepada artis dengan status pemastautin tetap dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya  enam bulan dalam setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara anugerah tersebut.

Dalam sesebuah kumpulan atau duo, sekurang-kurangnya separuh dari ahli kumpulan tersebut perlu memenuhi salah satu daripada syarat tersebut.

AIM edisi ke-19 ini akan diadakan pada Sabtu, 17 November 2012 di Stadium Melawati, Shah Alam.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*