Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
Setelah reputasi Anugerah Industri Muzik (AIM) tercalar gara-gara penarikan semula trofi Yuna pada AIM edisi ke-18, kali ini Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengubah sistem penghakiman agar kredibiliti anugerah tersebut dapat dipulihkan.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 19, Rosmin Hashim berkata, sebelum ini pencalonan AIM dihakimi oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) yang terdiri daripada pihak yang tiada kaitan secara langsung dalam industri muzik seperti media, penerbit dan sebagainya.
Namun, selepas perbincangan dengan penggiat muzik tanah air melalui satu forum, panel hakim akan dipilih daripada pengamal terkenal dari industri muzik tempatan.
“Setelah berbincang dengan penggiat muzik, RIM mengambil keputusan untuk mengubah sistem penghakiman AIM kerana yakin itu yang terbaik untuk memulih dan mengekalkan kredibiliti anugerah tersebut,” kata Rosmin di sidang media A1M 19 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Tambah Rosmin, pengamal industri muzik merupakan satu kumpulan yang besar yang sebahagiannya terdiri daripada penyanyi, komposer, jurutera muzik dan sebagainya.
“Golongan pengamal muzik ini luas. Tidak terhad kepada penyanyi dan komposer sahaja. Malah mereka juga terdiri dari jurutera muzik, guru vokal dan sebagainya,” katanya.
Menurut Rosmin lagi, juri yang akan menghakimi pencalonan AIM juga haruslah memiliki pengalaman dalam bidang ini sekurang-kurangnya lima tahun dan mereka tidak dibenarkan untuk menghakimi karya sendiri.
“Mungkin ada antara juri ini mempunyai hasil karya yang dipertandingkan dalam AIM. Untuk mengelakkan dari berlakunya ketidak-adilan, mereka akan dikecualikan dari menghakimi hasil karya sendiri,” tambah Rosmin.
Untuk mengelakkan dari pisang berbuah dua kali berikutan isu penarikan trofi Yuna, juruaudit penghakiman sebelum ini Ernst & Young, telah digantikan dengan juruaudit yang baru, KPMG.
“Kami tidak kisah sekiranya reputasi RIM tercalar berikutan isu itu. Yang penting kredibiliti anugerah tersebut boleh dipulihkan dengan memberikan majlis anugerah yang lebih baik berbanding tahun lepas,” kata Rosmin.



