DUA ANAK TERUNA SURUH FAUZIAH LATIFF CARI TEMAN LELAKI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KECERIAAN jelas terbayang di wajah Fauziah Latiff atau Jee tatkala bercerita tentang dua anak terunanya, Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12. Sambil menunjuk foto mereka di telefon bimbitnya, Jee berkata, Jeffri sekarang lebih tinggi daripadanya.

“Sekarang ini sudah pandai malu, tak bagi saya masuk bilik mereka. Budak tengah membesar begitulah. Mereka membesar seperti remaja lain, ada kelompok kawan sendiri.

“Sesekali bila cuti sekolah atau hujung minggu, kami akan bercuti bersama. Kedua-duanya suka aktiviti lasak tidak kira di darat atau laut,” ceritanya.

Kelakarnya kata Jee, Jeffri dan Jeremy selalu mengusiknya agar mencari teman lelaki setelah lama hidup bersendirian.

Walaupun permintaan itu diaju oleh dua permata hidupnya namun Jee tidak dapat memenuhi kehendak mereka kerana sehingga kini dia lebih senang bersendirian.

“Bukan tak nak kahwin…biarlah jodoh yang tentukan. Kalau hari ini saya kata nak nak, tiba-tiba esok pula saya kahwin.

Lebih senang berserah pada Allah.

“Kalau ditakdirkan saya bertemu jodoh dalam waktu terdekat, saya terima dan kalau tidak ada pun saya tidak kecewa. Tiada apa yang nak saya cari lagi kerana sudah memilikinya,” katanya terus terang.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Usianya bakal mencecah 42 tahun Disember ini namun Jee amat yakin dengan penampilan dirnya. Tanpa solekan di wajah, dia bersedia memberi gaya kepada jurufoto.

Sikapnya itu berbeza dengan sesetengah artis yang enggan bergambar selagi wajah belum disolek kerana takut tidak cantik.

Keyakinannya itu dapat dilihat apabila Jee yang datang ke majlis produk SK-II, sanggup mencuci wajahnya yang sudah bermekap semata-mata untuk melakukan demonstrasi produk tersebut.

“Bolehkah bergambar tanpa mekap. Saya tidak kisah, macam ini pun boleh ambil gambar. Masa datang tadi pakai (mekap) tapi bila kena buat demonstrasi, saya pun cuci wajah bersih,” ceritanya.

Meskipun tanpa solekan, wajah Jee tetap cantik. Mungkin kerana dia setia mengguna produk kecantikan SK-II sejak 2001.

Kata Jee, kecantikan bukan sahaja dinilai dari luaran namun dalaman juga perlu diambil kira.

“Kalau dalaman kita ikhlas dan bersih secara tidak langsung ia akan menonjolkan kecantikan semulajadi di wajah.

Memandangkan usia kita semakin meningkat, tidak dinafikan setiap orang perlu penjagaan tentang kecantikan,” katanya.

Dia yang sering melakukan aktiviti lasak berkata, biarpun kulitnya terdedah kepada cuaca panas namun ia tetap terpelihara kerana penjagaan rapi daripada produk SK-II.

Katanya, penggunaan produk adalah sebagai langkah beringat-ingat agar kulit tidak tampak kusam.

“Perubahan tetap berlaku tapi apa salahnya kalau kita beri perhatian dengan menggunakan bahan-bahan yang menyegarkan,” katanya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*