JUARA MASTERCHEF MALAYSIA, DR EZANI ENGGAN DI ANGGAP SELEBRITI

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR: Juara MasterChef Malaysia musim pertama, Dr Ezani Farhana Md Monoto tidak menganggap dirinya seorang selebriti kerana dia lebih selesa menjalani kehidupan yang ringkas dan bersederhana.

Ezani, 26, berkata, status selebriti yang digalasnya sejak tujuh bulan lalu tidak membawa perubahan besar atau drastik kerana dia memilih untuk tidak terlalu menonjol atau popular secara tergesa-gesa.

“Saya memilih untuk menjalani kehidupan yang ringkas dan sederhana. Publisiti dan glamor bukan sesuatu yang saya cari. Secara kebetulan, selepas memenangi pertandingan MasterChef Malaysia, sekaligus saya menjadi selebriti.

“Sebab itu saya tidak mahu terlalu menonjol atau mencari populariti dengan terburu-buru. Biarlah semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Namun, graduan pergigian dariUniversiti Adelaide, Australia ini berkata, itu tidak bermakna dia mahu mempersia-siakan kepercayaan dan peluang yang diberikan pihak Astro sepanjang mengikat kontrak pengurusan bakat dengan organisasi itu selama tiga tahun ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Saya bersyukur dengan pelbagai peluang yang saya terima. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan ceburi yang menyeronokkan.

“Cuma saya masih kekok dan tidak tahu untuk menonjolkan diri kepada khalayak. Bagi saya, biar ia berlaku dengan sendiri menerusi kerja yang saya lakukan,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Ezani berkata dia kini aktif bergelar hos di samping Noor Laila Aniza dan Amie Sofia bagi program bual bicara Soal Wanita pada setiap malam Sabtu pukul 8.30 malam di TV AlHijrah.

“Saya bersyukur dengan peluang dan pendedahan saya perolehi daripada tugas pengacaraan Soal Wanita. Ia sebuah program bual bicara yang membuka mata dan menambahkan ilmu kepada saya.

“Saya akui banyak lagi kekurangan dalam aspek pengacaraan tetapi saya mencuba untuk menyahut cabaran itu,” katanya.

Terbaru, Ezani akan muncul sebagai pengacara program berbentuk kembara masakan berjudul Ezani & Wahidan Balik Kampung untuk siaran pada Ramadan nanti.

Program sebanyak 13 episod itu akan disiarkan bermula 21 Julai ini pada setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di Astro Prima (saluran 105).

Speak Your Mind

*