Panas!..

KERAJAAN SELANGOR BAYAR BONUS GAJI SETENGAH BULAN KEPADA KAKITANGAN AWAM NEGERI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Kerajaan Selangor mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat apabila meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam negeri itu bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor turut memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua bonus itu akan dimasukkan ke dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Katanya, kerajaan negeri itu memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam pada tahun ini.

“Kami berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam untuk menabung demi masa depan.

Isnin lepas, beliau berkata kerajaan Selangor akan membayar bonus kepada kakitangan kerajaan negeri jika kerajaan Persekutuan membayar bonus kepada kakitangan awamnya.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam. Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus yang akan dimanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan itu akan dibuat pada 9 Ogos.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top