banner

TRADISI DUNIA: BERSALIN SAMBIL BERDIRI

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

HAMIL anak yang ketujuh, Benigna Condori dengan tabah mengatur langkah selama berjam-jam melalui pergunungan Andes di Peru ke sebuah klinik kesihatan yang menggabungkan perubatan moden dengan amalan pribumi seperti bersalin berdiri.

Selepas lima kelahiran di rumah, Condori, 37, telah memutuskan untuk melahirkan dua bayi terakhirnya di salah sebuah daripada beberapa ratus klinik baru yang mula membenarkan wanita bersalin sambil berdiri dan bukan berbaring.

Harapan program itu ialah mengurangkan kadar kematian ibu ketika bersalin dengan menggalakkan wanita miskin, sebahagian besarnya masyarakat pribumi Peru untuk meletakkan diri mereka di bawah jagaan profesional.

Condori berkata, beliau tidak mahu mengambil sebarang risiko dan menjejak hutan pergunungan itu dirasakan lebih selamat berbanding bersalin di rumah.

“Saya di sini kerana saya kenal seorang wanita yang hampir meninggal dunia ketika bersalin.

“Bidan-bidan yang ada cuba untuk menyelamatkan beliau tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa,” kata Condori di sebuah rumah kelahiran yang terletak berhampiran pusat kesihatan di Cuzco, kira-kira 1,102 kilometer dari ibu negara, Lima.

Peru mempunyai populasi masyarakat pribumi yang besar, kebanyakannya di kawasan-kawasan Andes dan Amazon.

Kemiskinan yang melanda Amerika Selatan itu memberikan kesan tidak seimbang kepada komuniti-komuniti pribumi ini.

Tembikar-tembikar kuno dari pergunungan Andes menggambarkan wanita bersalin dalam kedudukan duduk atau ketika berdiri.

Kementerian Kesihatan Peru berkata, posisi kelahiran menegak boleh menjadi lebih baik kepada wanita dengan mengurangkan tekanan di uterus dan saluran darah yang besar yang mampu memberi kesan kepada jumlah oksigen yang pergi ke bayi.

Kedudukan duduk atau berdiri semasa bersalin juga mengurangkan tempoh proses kelahiran dan bersalin, menurut kementerian kesihatan, dan membenarkan si ibu melihat proses itu lebih baik berbanding ketika berbaring.

“Sains Barat tidak sedar mengenai keutamaan dan keperluan wanita, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar yang melihat kelahiran sebagai satu cara semula jadi dan tidak berfikir perubahan kepada posisi bersalin menegak perlu dilakukan,” kata kementerian itu dalam sebuah buku yang menjelaskan manfaat bersalin ketika berdiri.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Amalan wanita bersalin ketika berbaring dilakukan untuk kemudahan para doktor, bukan ibu bersalin, kata penyokong kaedah kelahiran Andes.

Di Peru, sekurang-kurangnya 185 wanita meninggal dunia dalam setiap 100,000 kelahiran, kebanyakannya ketika bersalin di rumah mereka.

“Kadar kematian ibu di benua itu lebih rendah berbanding di sesetengah negara Afrika tetapi tidak bermaksud ia boleh diterima pakai,” kata Edgar Ramirez, seorang wakil Tabung Kependudukan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) di Peru.

Menjelang tahun 2015, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan bilangan kematian wanita disebabkan oleh kehamilan kepada 66 peratus dalam setiap 100,000 kelahiran, sebahagiannya dengan menjadikan perkhidmatan kesihatan boleh dicapai dan bertolak-ansur dengan keperluan.

Peru telah membuka 390 rumah kelahiran sejak sedekad lalu di mana wanita daripada kawasan perkampungan boleh menetap secara percuma sementara menunggu untuk bersalin.

Tetapi bagi membolehkan pusat-pusat itu boleh melaksanakan tugas mereka, wanita-wanita tersebut perlu menggunakan kemudahan itu – mendapatkan mereka yang hamil untuk meninggalkan rumah untuk melahirkan anak adalah satu cabaran besar.

“Wanita Andes secara tradisional melahirkan anak mereka di rumah sambil dibantu oleh nenek, pasangan atau pun bidan.

“Mereka telah biasa dengan keadaan itu dan ini menjadikannya sukar untuk diubah,” kata Ramirez.

Untuk menggalakkan wanita mengambil langkah untuk berubah, pusat-pusat kesihatan sedang membuat perubahan.

Di rumah-rumah kelahiran yang berhubung dengan pusat kesihatan, wanita boleh membawa ahli keluarga mahu pun haiwan sementara menunggu.

Sesetengah klinik menyajikan teh yang diperbuat daripada herba tradisional yang disediakan untuk membantu mencetuskan kelahiran.

Pusat-pusat tersebut membenarkan wanita mencangkung, duduk atau memakai skirt panjang ketika proses bersalin – satu lagi amalan biasa masyarakat Andes – dan bukan memakai gaun hospital.

Banyak klinik dicat dengan warna-warna lembut untuk membuatkan wanita itu berada lebih selesa dan seperti di rumah.

Maruja Caira, 35, melahirkan anaknya yang ketiga – seorang bayi lelaki – di pusat kesihatan berhampiran Cuzco.

Semasa bersalin, Caira berada dalam kedudukan separa berdiri. Dia berkata, pengalaman itu jauh lebih mudah berbanding ketika berbaring.

“Melahirkan anak saya di sini memberikan saya ketenangan,” kata beliau sambil mendakap bayi lelakinya yang sihat. – Reuters Life!

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*