WAKTU OPERASI DI JPN SEPANJANG BULAN RAMADAN

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Operasi di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu akan ditutup selama tiga hari bermula esok sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu serta bagi meraikan kejayaan negeri itu menjuarai kejohanan Sukan Malaysia (Sukma).

Menurut kenyataan JPN hari ini, kaunter di Melaka dan Johor pula akan ditutup dua hari bermula Sabtu ini sempena awal Ramadan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Bagi ibu pejabat JPN di Putrajaya dan negeri-negeri lain kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi kaunter ialah dari 7.30 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari 9 pagi hingga 2 petang pada Sabtu dan Ahad.

Bagi Kelantan dan Terengganu, waktu operasi kaunter pada Ahad hingga Rabu ialah 7.30 pagi hingga 5 petang, pada Khamis dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang, pada Jumaat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pada Sabtu dari 9 pagi hingga 2 petang.

Waktu operasi kaunter JPN di Kedah pada Ahad hingga Rabu ialah dari 7.30 pagi hingga 5 petang, pada Khamis 7.30 pagi hingga 4 petang, pada Jumaat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pada Sabtu dari 9 pagi hingga 2 petang.— BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*