Panas!..

ZAIN SAIDIN TERKEJUT SANGAT DENGAN PERCERAIAN KAKAKNYA SHASHA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Zain rapat dengan anak saudaranya, Adam.

Pelakon sitkom, Oh My English! Zain Saidin terkejut mendapat tahu kakaknya, Shasha, 35, dan suaminya, Salyo Priyanto Notosoemarsono, 36, bercerai talak satu.

Zain mendakwa, dia hanya dimaklumkan berita perpisahan Sasha apabila dihubungi wartawan HIP, semalam. “Saya sibuk di lokasi menyebabkan banyak perkara terlepas pandang. Kes perceraian Shasha saya tahu daripada media dan bukan diberitahu kakak atau ahli keluarga lain.

“Mungkin dia tidak mahu saya risau. Sebagai adik, saya tumpang sedih dan simpati dengan nasib yang menimpanya. Saya hairan kerana sebelum ini mereka (Shasha dan Salyo) tidak pernah bergaduh besar,” katanya.

Kelmarin, bekas anggota Elite itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas lima tahun berumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia tiga tahun.

“Shasha tidak pernah meluahkan apa-apa.

Lagi pun, kebiasannya, kami lebih selesa bercerita dengan ibu dan ayah jika ada masalah,” katanya yang mengakui kurang rapat dengan kakaknya itu.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Namun, bagi Zain, apa yang lebih penting ialah soal kebajikan satu-satunya anak buahnya, Adam Aryasenna.

Tetapi Zain yakin kakaknya mampu menghadapi dugaan kerana dia seorang wanita tabah.

“Sebenarnya, saya tidak mahu ambil tahu perkara ini kerana ia bukan perkara menggembirakan. Tetapi selepas ini, mungkin saya akan duduk bersama Shasha dan mendengar masalahnya.

“Hubungan saya dan Adam sangat rapat. Semoga Shasha tabah melalui semua ini. Saya pasti tumpuannya sekarang ialah anaknya kerana Shasha begitu menyayangi Adam,” katanya.

Menyifatkan bekas abang iparnya seorang yang baik, Zain mengakui, sepanjang lima tahun menjadi ahli keluarga, dia sendiri tidak mempunyai masalah dengan Salyo.

“Bukan saja mereka tidak pernah gaduh besar, hubungan mereka pun nampak baik saja. Tetapi tidak tahulah jika ada perkara lain yang berlaku tanpa pengetahuan saya.

“Saya harap orang tidak sampai terfikir Salyo memukul Shasha kerana itu tidak pernah berlaku. Malah saya tidak terfikir dia curang,” katanya.

Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan penjelasan Shasha gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan atau membalas mesej yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top