Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
FILEM: Sadako – 3D
BAHASA: Jepun
GENRE: Seram
TARIKH TAYANGAN: 30 Ogos 2012
PENGARAH: Tsutomu Hanabusa
PELAKON: Ishihara Satomi, Koji Seto, Yesuke Yamamoto dan lain-lain.
EDARAN: Walt Disney Studios
Filem seram sememangnya tidak pernah gagal menarik perhatian penonton untuk ke panggung. Biarpun, pelbagai genre filem yang dilambakkan di pawagam, namun filem-filem dari genre ini tetap mencuri perhatian penonton.
Mulai 30 Ogos 2012 ini, sebuah lagi filem seram buatan Jepun, Sadako bakal menemui penonton. Filem arahan Tsutomu Hanabusa ini tampil dengan elemen-elemen kejutan yang tentunya mengundang debaran yang hebat kepada penonton.
Filem ini mengisahkan tentang Akane (Ishihara Satomi), seorang guru sekolah yang telah mendengar khabar angin daripada pelajar-pelajarnya bahawa terdapat rakaman sebenar satu kes kejadian bunuh diri di internet.
Rakaman tersebut dikatakan telah mendorong sesiapa yang menontonnya untuk membunuh diri. Pada mulanya Akane tidak mempercayai khabar angin itu, tetapi apabila salah seorang pelajarnya mati selepas menontonnya, dia dan teman lelakinya, Takanori (Koji Seto) mula mempercayainya.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Rakaman tersebut dilakukan oleh seorang lelaki bernama Kashiwada (Yesuke Yamamoto) yang juga muncul di dalam rakaman bunuh diri itu. Kashiwada berniat membuat kacau di dunia dengan membawa balik Sadako dan kuasa sumpahannya itu. Kini, Akane harus melawan Sadako dan Kashiwada untuk menyelamatkan nyawanya dan orang ramai.
PERADUAN
Rebut peluang untuk memenangi tiket percuma ke Majlis Tayangan Khas Filem ‘Sadako’ bersama pembaca-pembaca Media Hiburan dan selebriti popular tanah air dengan menulis slogan mudah di bawah ini.
‘Sadako – 3D’ mesti saya tonton kerana: ……………………………………………………….
Hantarkan slogan tersebut berserta info diri anda (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon) ke emel: wawanna @gmail.com.
(Tiket Sumbangan: Walt Disney Studios – Terima kasih Tan Shu Mei)
INFO TAYANGAN
FILEM: Sadako – 3D
TARIKH: 27 Ogos 2012 (Isnin)
TEMPAT: Hall 13, GSC, Mid Valley
MASA: 7.30 Malam
sumber : media Hiburan



