GURU DAN ANAK CEDERA DI SERANG SEKUMPULAN LELAKI

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KUALA TERENGGANU – Dua beranak cedera di muka, kepala dan badan setelah diserang dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Jalan Sultan Mahmud di sini, lewat tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, guru yang berusia 46 tahun bersama isteri dan tiga anak mereka dalam perjalanan dari Chendering ke Kuala Terengganu.

Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk, kereta yang dinaiki keluarga guru itu dihimpit sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima lelaki dengan seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

“Guru berkenaan tidak mengendahkan kelima-lima lelaki tersebut dan meneruskan perjalanan. Namun ketika sampai di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Jalan Sultan Mahmud, kenderaan beliau dihalang sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara yang dinaiki tiga lelaki, memaksanya berhenti,” katanya di sini hari ini.

Manoharan berkata, kereta Perodua Myvi itu yang mengekori turut berhenti di sisi kereta guru berkenaan sebelum suspek bertindak membuka pintu kereta dan menarik anak lelaki guru tersebut yang berusia 20 tahun.

Kumpulan lapan lelaki itu kemudian memukul dan menendang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam menyebabkan si ayah cuba membantu namun turut dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

Isteri mangsa juga turut ditolak kumpulan lelaki tersebut, katanya.

“Mangsa tidak tahu punca sebenar dia dan anaknya dipukul dan polis masih menyiasat motif serangan sama ada perselisihan faham atau sebaliknya.

“Kita telah mengenal pasti pemilik kereta Perodua Myvi dan gerakan memburu suspek bersama rakan-rakannya yang berumur dalam lingkungan 28 tahun ke atas sedang giat dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*