Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
KOTA SAMARAHAN – Si Lela yang pandai dan tenang. Demikian maksud tersirat di sebalik nama ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Nama itu unik dan jarang didengar. Menariknya, ‘ketenangan’ yang hadir membolehkan pemiliknya yang berusia 19 tahun menyerap segala tekanan sebelum melakar sejarah menghadiahkan sebutir pingat gangsa kepada negara pada Sukan Olimpik kali ini.
Ibunya, Hartini Lamim, 44, berkata, nama itu diilhamkannya sendiri sebaik sahaja anak kedua daripada empat beradik itu selamat dilahirkan di hospital.
“Mengikut loghat orang Sarawak, pande berasal daripada perkataan pandey iaitu pandai, manakala Rinong dalam bahasa Bidayuh bermaksud tenang,” katanya ketika menerima kunjungan Utusan Malaysia di sini, semalam.
Hartini yang baru sahaja tiba di Sarawak tengah malam semalam berkata, dia berhadapan detik-detik mencemaskan sebelum melahirkan Pandelela.
“Semasa dalam perjalanan ke hospital, saya sudah mula rasa hendak bersalin dan risau akan melahirkan anak di dalam kereta. Namun, syukurlah anak itu seperti pandai dan tenang seolah-olah tidak mahu menyusahkan saya. Dia hanya keluar (dilahirkan) sebaik saya selamat tiba di hospital,” katanya.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Bertandang ke London selama lima hari bermula 5 Ogos untuk menyaksikan acara terjun, Hartini mengakui terkilan kerana hanya sempat menonton anaknya beraksi pada peringkat saringan, selain sekadar berkomunikasi dengan Pandelela menerusi telefon bimbit.
Ini kerana katanya, tiket penerbangan balik ke Malaysia adalah pada 9 Ogos iaitu hari yang sama Pandelela beraksi di separuh akhir dan akhir.
“Di dalam pesawat, saya tidak dapat tidur. Saya tidak dapat menggunakan telefon, jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya risau kecederaan bahu kanan yang dialami Nonong (panggilan manja) sejak sebelum Olimpik, berulang dan menjejaskan persembahannya. Pendek kata, perjalanan pulang selama 13 jam itu amat menyeksakan,” katanya.
Menurut Hartini, khabar gembira mengenai kejayaan Pandelela hanya diterima daripada suami, Pamg Joheng yang menelefonnya setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira pukul 7 malam semalam.
“Pada peringkat akhir, tekanan yang dialami sangat hebat. Syukur Nonong membuktikan dia pandai mengawal situasi dan tenang berhadapan dengannya,” kata Hartini.
Incoming search terms:
- ibu pandalela (12)
- orang bersalin (3)
- maksud nama rayfal (3)
- maksud rayfal (2)
- nama sebenar ramli iklan tm (2)
- video orang beranak normal (2)
- cara2 orang bersalin (2)
- cara org bersalin (2)
- video org bersalin (2)
- bersalin secara pembedahan di naluri medical centre (2)
- tanda mahu bersalin (2)
- vidio cara orang beranak (1)
- video cara orang beranak (1)
- www cara orang bersalin com (1)
- sek penerbangan (1)



