Panas!..

INGIN KIKIS LABEL LELAKI JAMBU, HAIRUL AZREEN INGIN BINA OTOT

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Pelakon Hairul Azreen mengambil pendekatan membina otot badannya agar kelihatan lebih sasa dan dewasa untuk mengelak persepsi segelintir penggiat seni yang melabelkannya sebagai lelaki ‘jambu’.

Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata inisiatif itu diambil sejak dua bulan lalu kerana dia mahu menggalas watak yang lasak berbanding karakter budak kolej dan remaja nakal yang berulang kali ditawarkan kepadanya sebelum ini.

“Saya sudah bosan dengan karakter remaja dan budak kolej yang berulang-kali ditawarkan kerana dikatakan memiliki wajah ‘jambu’.

“Kebetulan pula, ada beberapa tawaran filem yang memberikan peluang untuk watak aksi dan lasak kebelakangan ini.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

“Maka, saya ambil inisiatif dengan membina otot badan sejak dua bulan lalu bagi mendapatkan tubuh yang lebih sasa dan tegap,” katanya.

Kekasih kepada aktres Faralyna Idris ini berharap, perubahan susuk badan itu akan menjadi permulaan untuk dia mencari peluang lakonan yang lebih besar dan matang dalam filem dan drama.

“Selama tiga tahun bergelar pelakon, saya terpaksa turutkan tawaran watak-watak yang sama itu demi membina nama dan platform diri.

“Semoga perubahan fizikal ini dapat mengubah persepsi umum mengenai potensi dan kebolehan saya melakonkan watak lasak dan aksi.

“Sayang sekali jika ilmu seni mempertahankan diri tekwando yang saya miliki tidak dapat dimanfaatkan dalam lakonan kerana asyik menggalas watak-watak yang ringan sahaja,” katanya.

Terbaru, aktor yang kini muncul dalam drama bersiri Sirrun di TV9 bakal memulakan penggambaran filem aksi berjudul Syaheed arahan Sabree Fadzil selepas cuti Hari Raya ini.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top