Panas!..

PEMIMPIN DAP, M.MANOHARAN MENGHINA DATUK LEE CHONG WEI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Ketika seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memuji dan menyanjung tinggi kesungguhan Datuk Lee Chong Wei yang bermain bermati-matian menentang Lin Dan dalam usahanya memburu emas Olimpik pertama Malaysia, pemimpin DAP, M. Manoharan sebaliknya memperlekehkan wira negara itu.

Sebagai pemimpin, Manoharan langsung tidak menunjukkan teladan yang baik apabila banyak kenyataan yang dibuat menerusi Twitter bagi mengulas kekalahan tipis Chong Wei itu bersifat menghina antaranya menukar nama jaguh badminton tersebut kepada ‘Lee Chong AWAY.’

Tidak cukup dengan itu, beliau juga memuat naik kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyerahkan segala habuan yang dijanjikan untuk Chong Wei kepada Lin Dan yang dikatakannya sebagai miskin walaupun pendapatan jaguh badminton China itu adalah RM15 juta setahun.

Kenyataan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu segera mengundang kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apabila mereka sepakat mendesak Manoharan meminta maaf, tetapi pemimpin DAP itu berterusan mempersoal jika Chong Wei bermain bagus kenapa Lin Dan yang menang.

Berang dengan tindakan itu, seorang rakyat Malaysia, Dominic Steeven tampil memberitahu menerusi laman Twitter milik Manoharan bahawa seluruh rakyat negara ini malu kerana mempunyai seorang wakil rakyat seperti beliau yang langsung tidak menghargai semangat perjuangan ahli sukan itu sebaliknya hanya mementingkan kemenangan.

“Apa yang kamu cuba katakan? Saya rakyat Malaysia, saya sokong negara saya. Kamu adalah seorang wakil rakyat tetapi beginikah caranya kamu menunjukkan rasa berterima kasih kepada negara? Kalah atau menang bukan persoalan kerana ia adat pertandingan, tetapi kita mesti memberi sokongan sebagai rakyat Malaysia.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Saya langsung tidak dapat berfikir apa sebenarnya motif kamu mengeluarkan kenyataan sedemikian, kalau benar kamu yang memuat naik kenyataan tersebut, sila mohon maaf kepada Chong Wei. Seluruh rakyat Malaysia malu dengan kamu Yang Berhormat,” kata Dominic sebagaimana dipetik daripada Twitter Manoharan.

Ashwenee Appadurai pula menganggap Manoharan sebagai pengkhianat kerana selepas menghina Jalur Gemilang, kini pemimpin DAP itu menjadikan Chong Wei pula sebagai sasaran dan nada sama turut disuarakan Hariharan Manoharan yang menuntut bekas tahanan Akta Dalam Negeri (ISA) itu supaya menutup mulut.

“Berapa banyak pingat yang kamu menang (untuk negara)? Tiada satu pun, jadi lebih baik kamu diam,” kata Hariharan.

Dalam pada itu, Klalilul Khalil pula menyifatkan kenyataan Manoharan sebagai tidak berakal dan sesuai untuk pemimpin politik sepertinya.

“Kalau dalam pilihan raya umum akan datang, pelawak (Manoharan) ini masih dicalonkan tentu ada yang tidak kena dengan partinya. Kalau dia menang sudah tentu pengundi bermasalah. Langsung tidak berbangga dengan apa yang dibuktikan wira negara, lupakan kebodohan ini, cuma satu dalam 28 juta,” katanya.

Bagaimanapun, kemarahan terbuka rakyat Malaysia itu langsung tidak menyedarkan Manoharan, sebaliknya pemimpin DAP itu cuba mengheret kegagalan Chong Wei meraih emas kepada isu politik dengan berkata: “Malaysia akan memang emas pertama di Olimpik selepas pakatan pembangkang ambil alih Putrajaya.”

Serentak dengan itu, beliau berjanji Malaysia akan membawa pulang pingat emas pertama pada kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 kerana dakwanya pakatan pembangkang mempunyai ramai calon
yang lebih berwibawa untuk mengisi jawatan Menteri Belia dan Sukan berbanding Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, tinjauan¬†Utusan Malaysia¬†di laman sosial Facebook mendapati satu laman khas ‘Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei’ sudah diwujudkan, dalam masa beberapa jam sahaja seramai 2,287 rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada usaha tersebut.

Pada masa sama, hampir kesemua laman blog termasuk propembangkang mengutuk keras kenyataan biadab Manoharan itu.

SUMBER : UTUSAN

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top