SKIM LATIHAN 1MALAYSIA KURANGKAN KADAR PENGANGGURAN

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

 Skim Latihan 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran belia di negara ini telah berjaya membuahkan hasil serta menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar).

Beliau berkata, belia Malaysia kini mudah mendapat pekerjaan berbanding belia di Eropah khususnya negara yang menghadapi krisis ekonomi seperti Itali, Sepanyol dan Greece di mana kadar pengangguran adalah tinggi.

Skim latihan itu, yang dilancarkan pada 1 Jun tahun lalu, berjaya melatih sebahagian daripada 20,000 lepasan universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berjaya mendapat pekerjaan sebaik sahaja habis pengajian, katanya.

“Tiap-tiap tahun kita ada 90,000 pelajar yang keluar dari universiti dan IPT dan kita lihat 70,000 pelajar dari 90,000 pelajar itu tiada masalah untuk mencari pekerjaan tetapi yang 20,000 itu sukar dapat kerja,” katanya kepada Bernama selepas menganjurkan majlis berbuka puasa di sini semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Beliau berkata, daripada 20,000 pelajar itu, sebahagian daripada mereka diambil untuk menyertai skim berkenaan di mana antaranya adalah kelas kemahiran bahasa Inggeris serta kemahiran berkomunikasi selama beberapa bulan sebelum diserapkan ke bidang yang mereka gemari.

“Bagi fasa pertama, kita telah ambil 8,612 orang dan fasa kedua pula adalah 4,000 orang. Kita bagi latihan dalam tempoh setahun, selepas itu semua peserta akan dapat kerja,” katanya.

Dengan skim berkenaan, belia di Malaysia berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding belia di Eropah yang pada masa sekarang terpaksa menghadapi kadar pengangguran yang tinggi.

“Di sana, 50 peratus daripada pemuda dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun yang keluar mencari pekerjaan gagal mendapatkannya.

“Sementara itu, kadar pengangguran di negara ini hanya 2.9 peratus, satu angka yang dianggap tidak wujud pengangguran,” katanya lagi.

Selain mengurangkan pengangguran, beliau berkata, kerajaan turut memastikan setiap lapisan masyarakat di negara ini mendapat pendidikan dan kualiti hidup yang secukupnya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*