Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menunjukkan kecairan ais laut yang berlaku di kawasan Artik.
NEW YORK – Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 1979.
Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah tahun ini.
“Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam peratus di antara tahun 1979 hingga 2000,” kata pakar oseanografi, Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.
“Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini,” Maslowski. – AFP




pemanasan global menyebabkan kecairan ais di lautan artik. Aras laut akan naik dan makin besar kawasan darat yang ditenggelami air. Memang bahaya.