Panas!..

ASRAMA MAAHAD TAHFIZ ASSYIFA DI KUALA IBAI TERBAKAR KETIKA PELAJAR SEDANG SOLAT

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Pilih…Sebahagian daripada pelajar sibuk memilih pakaian masing-masing yang selamat dalam kebakaran itu.

KUALA TERENGGANU – Peristiwa 29 Januari 2011 berulang kembali di asrama Maahad Tahfiz Assyifa’ di Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, setelah salah sebuah bilik asrama baru mereka hangus sama sekali dalam kebakaran, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, sebuah bilik asrama yang menempatkan kira-kira 20 pelajar, tidak dapat diselamatkan termasuklah pakaian serta kelengkapan pelajar.

Menurut Pengetua Maahad Tahfiz Assyifa’ Ahmad Syarifudin Ibrahim, kejadian berlaku semasa semua pelajarnya sedang solat Zohor secara berjemaah di Masjid Kampung Kolam Kuala Ibai, yang terletak di hadapan asrama.

“Semasa solat, kami terdengar suara penduduk kampung yang menjerit memberitahu ada api di asrama kami dan disebabkan itu, saya terpaksa menghentikan solat secara mengejut.

“Sejurus keluar dari masjid, saya sudah nampak asap berkepul-kepul keluar dari salah sebuah bilik asrama di tingkat dua, sebelum mengarahkan semua pelajar tidak mendekati kawasan asrama kerana bimbang keselamatan mereka,” katanya.

Ahmad Syarifudin berkata, bangunan dua tingkat yang baru setahun dibina itu bernilai hampir RM150,000, hasil sumbangan masyarakat selepas mereka kehilangan asrama bangunan kayu dua tingkat dalam tragedi tahun lalu yang berpunca daripada litar pintas.

“Bangunan yang memiliki dua buah bilik asrama ini baru sahaja beroperasi awal tahun ini dan menempatkan hampir 50 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dari seluruh negeri ini, yang mana setiap bilik boleh memuatkan kira-kira 20 pelajar.

“Kami redha dengan musibah kali kedua ini dan tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga yang tinggal di sini selamat walaupun kami hampir kehilangan pondok ini untuk kali kedua,” katanya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Sementara itu, warden asrama, Mohd Yusmarunizam Ngah, 28, berkata, sejurus terdengar suara jeritan penduduk memberitahu ada api di asrama, dia memberanikan diri masuk ke dalam kawasan asrama dengan harapan dapat memadamkan kebakaran.

“Ketika itu, saya tidak terfikirkan keselamatan nyawa kerana hanya teringat ingin menyelamatkan harta benda pelajar serta menyelamatkan asrama kami daripada hangus.

“Sebab itu, walaupun saya sudah nampak asap berkepul-kepul dari arah asrama, saya tetap memberanikan diri naik ke bangunan atas mengambil pemadam api dengan niat memadamkan api sedaya mungkin bagi mengelak ia merebak ke kawasan lain,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu memadamkan api di hadapan pintu bilik dan melihatkan api yang semakin marak di dalam bilik, dia mengambil keputusan turun dari bangunan sebelum menunggu bantuan bomba.

Tahun lalu, terbakar ketika solat Isyak

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba 1, M Ridzuan Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 petang dan tiba di lokasi kira-kira jam 1.38 minit.

“Sewaktu tiba, api sedang marak dan kami mengambil masa hampir empat minit bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lain. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.50 petang,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah bilik asrama yang menempatkan 13 buah katil dua tingkat, hangus sama sekali dalam kebakaran itu.

“Siasatan awal kami mendapati anggaran kerugian dalam tragedi ini kira-kira RM50,000 dan puncanya masih dalam siasatan,” katanya.

Pada 29 Januari tahun lalu, maahad sama ditimpa musibah sama apabila sebuah bangunan asrama yang menempatkan pakaian dan barang-barang keperluan peribadi pelajar termasuk tilam dan bantal hangus sama sekali.

Kejadian berlaku ketika semua pelajar sedang solat Isyak berjemaah di masjid sama, yang mana mereka kehilangan sebuah bangunan kayu dua tingkat berpunca daripada litar pintas.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top