FATTAH MOHD AMIN, JUARA HERO REMAJA 2011/2012

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Tahniah diucapkan kepada Abdul Fattah Mohd Amin yang berjaya dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 sekali gus merangkul hadiah lumayan berupa wang tunai RM5,000, motosikal Naza 650z dan hadiah sampingan lain.

Tempat kedua pula disandang Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak dan ketiga Mohd Shahrul Ridzwan Hashim. Masing-masing membawa pulang RM3,000 dan RM2,000 bersama piala Hero Remaja.
Abdul Fattah menyifatkan kemenangan ini sebagai peluang kepadanya mencipta mana dalam bidang peragaan sekali gus menempa nama dalam dunia seni.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
“Saya masih tidak percaya saya dapat menyandang juara Hero Remaja, namun ia bertepatan dengan matlamat saya yang berusaha keras untuk meraihnya.
“Saya yakin dan percaya telah menunjukkan semangat kerjasama berkumpulan yang baik dalam mengharungi cabaran setiap kali ujian dijalankan,” katanya.
Sebelum ini, Hero Remaja melahirkan ramai artis dan model popular seperti Esma Daniel, Wan Shalim, Zed Zaidi dan Kamal Adli yang dilihat sebagai perintis bagi pelapis Hero Remaja.
Pertandingan akhir Pencarian Hero Remaja yang berlangsung di Wisma MCA ini telah diadili oleh panel Pengarah Kreatif Kumpulan, Grup Majalah Karangkraf, Farrah Hussamuddin, Erra Fazira, Aznil Nawawi, David Teoh dan Lina Tan.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*