FINAS BERSEDIA BANTU INDUSTRI FILEM TEMPATAN DI SABAH

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KOTA KINABALU 13 Sept. – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedia membantu untuk memperkukuhkan kedudukan industri filem tempatan di Sabah termasuk membimbing dan melahirkan penerbit yang berwibawa.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata ini sejajar dengan wawasan kementerian yang mahu melihat industri filem di negeri ini berkembang.

“Suatu ketika dulu, ada beberapa syarikat perfileman Sabah yang berpangkalan di Semenanjung. Jadi, sebenarnya industri perfileman di negeri ini berpotensi untuk dimajukan jika ada kesungguhan dan kerjasama semua pihak yang terlibat,” katanya ketika berucap pada majlis Semarak Merdeka Raya Bersama Penggiat Seni Sabah di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Finas Mohd Naquib Razak.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Nazri berharap penggiat seni khususnya penerbit filem di Sabah dapat memanfaatkan peluang yang terbuka termasuk latihan filem dokumentari yang dikendalikan oleh Finas demi kebaikan mereka.

“Kita sedia mendengar keluhan penggiat seni di Sabah dan berusaha untuk mencari jalan menyelesaikannya. Apa yang penting ialah kita sehaluan dalam menjayakan inisiatif kerajaan membela nasib penggiat seni khususnya di Sabah,” katanya.

Nazri menasihatikan penggiat seni termasuk penerbit filem supaya bersatu dan tidak menubuhkan terlalu banyak persatuan untuk memperjuangkan nasib mereka dalam arena perfileman.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil pertubuhan untuk dua persatuan iaitu Persatuan Belia Kreatif Filem Sabah dan Persatuan Perfileman Sabah (Filem) dan sumbangan kepada beberapa artis veteran Sabah. – BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*