LUAHAN HATI REMY ISHAK MENGENAI PUTUS CINTANYA DENGAN TIZ ZAQYAH

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Tidak mahu berselindung mengenai kisah cinta mereka yang sudah pun berakhir sejak 3 bulan yang lalu itu dan mahu mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan segalanya, aktor Remy Ishak mengakui dia sebenarnya mahu mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan segalanya kepada pihak umum.

“Sebenarnya saya tiada niat hendak menyembunyikan mengenai status kami, tetapi saya akui perlu mencari yang sesuai untuk memberitahu kepada umum tentang kami dan inilah masanya.

“Lagipun saya mengambil keputusan untuk membuka mulut kerana, saya fikir sampai bila hendak berselindung, lambat laun orang akan tahu juga. Saya tak mahu nanti bila masing-masing sudah ada orang lain, peminat akan bercakap dan membuat spekulasi yang bukan-bukan,” katanya kepada murai.com.my selepas tayangan preview Hantu Kapcai di Cathay Cineplex, malam semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Remy Ishak yang sebelum ini telah pun mengesahkan tentang status perpisahan mereka, dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya mengenai hak tersebut di akaun Twitter miliknya.

Pun begityu, Remy enggan membicarakan mengenai punca berkahirnya hubungan cinta mereka, sebaliknya memberitahu hubungannya bersama Tiz masih lagi baik, malah mereka cukup bersikap profesional kala menjayakan penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi.

“Alhamdulillah sekarang ini kehidupan saya semakin baik. Saya rasa sudah tak ada apa nak komen lagi berkaitan hubungan kami. Hubungan kami pun mungkin sampai di situ sahaja. Tetapi kami masih lagi berkawan seperti biasa dan bersikap profesional untuk penggambaran drama Cinta Jangan Pergi. Saya juga tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya selepas ini,” luah Remy Ishak lagi.

Cinta Remy dan Tiz yang mula berputik selepas bersama-sama menjayakan drama bersiri Nur Kasih itu hanya kekal lebih setahun yang lalu.

Dalam perkembangan terbaru Remy, dia bakal muncul dalam filem Hantu Kapcai bersama pelakon lain seperti Zizan Razak, Fizz Fairuz, Neelofa dan ramai lagi pada 27 September ini.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*