RANCANGAN KHAS DI NTV7 DAN TV3 SEMPENA LAWATAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON KE MALAYSIA

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SEMPENA kunjungan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia selama tiga hari sehingga Ahad ini (15 September), stesen ntv7 turut tidak melepaskan peluang untuk menyiarkan sebuah rancangan khas.

Will & Kate – The Malaysian Tour yang akan disiar Ahad ini pukul 9.30 malam bakal memaparkan rakaman sepanjang lawatan tiga hari mereka di negara ini dalam siri lawatan ke Asia. Ia bersempena sebahagian program sambutan ulang tahun Jubli Intan Ratu Elizabeth.

Selain itu beberapa rancangan khas berkaitan mereka turut disiarkan stesen televisyen tersebut termasuk The Diamond Jubilee Concert 2012 pada malam esok, pukul 8.30 malam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Ia memaparkan konsert sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth yang turut disertai Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minouge, Cliff Richard, Stevie Wonder dan ramai ramai.

Malam ini, jangan lupa menonton kisah Duchess of Cambridge yang terkenal dengan evolusi fesyennya dalam Biography: Kate Middleton pada pukul 8.30 malam.

Sebelum itu, ntv7 turut menyiarkan sambutan ulang tahun pertama pasangan diraja popular itu dalam William & Kate: A First Year Anniversary Celebration pada hari pertama kunjungan pewaris takhta Britain itu di negara ini, semalam.

Menariknya, ntv7 yang meraikan ulang tahun ke-14 baru-baru ini turut menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi penonton yang menyaksikan program Will & Kate – The Malaysian Tour.

Nona yang bersiaran setiap Ahad pukul 2 petang di TV3 juga akan menyiarkan segmen khas mengenai pasangan diraja itu pada 30 September ini termasuk menyelami keanggunan fesyen Middleton selain paparan kerja-kerja kebajikan dan kecintaan pasangan tersebut kepada alam semula jadi dan dunia sukan antarabangsa.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*