Panas!..

TAKZIAH!AYAH MOHD MENTOR MENINGGAL DUNIA SECARA MENGEJUT

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Juara program realiti TV Mentor musim keempat, Mohd baru saja kehilangan bapa tersayang apabila ayahandanya yang bernama Mohamad Nor Sani, 65, disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah hari tadi.

Arwah yang sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur. Mohd yang dalam perjalanan membawa jenazah ke Johor memberitahu, arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ulu Tiram Johor.

“Kami sekeluarga akan kebumikan jenazah ayah di sebelah kubur arwah ibu di Ulu Tiram, Johor. Insya-Allah, kami akan kebumikannya selepas waktu Isyak nanti. Sewaktu ayah pergi, saya ada bersamanya. Sebelum ini, ayah saya memang tidak ada sebarang penyakit.

“Tetapi sejak dua menjak ini, dia ada mengeluh dan mengadu susah hendak bernafas. Pagi tadi, saya telah membawanya ke hospital lebih kurang jam 9 pagi,” jelasnya kepada murai.com.my.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Meneruskan cerita, Mohd mengakui tidak melihat sebarang tanda bahawa Aidilfitri ini merupakan Syawal terakhirnya dia meraikannya bersama ayahnya itu.

“Ayah tidak ada meninggalkan sebarang tanda. Namun, dia ada bercakap dengan saya, kalau dia sakit, dia mahu duduk di Kuala Lumpur. Sebelum ini, jika diajak tinggal di Kuala Lumpur, dia menolaknya bulat-bulat.

“Ayah tiada tinggalkan pesanan khusus buat saya. Pun begitu, sewaktu bersalam hari raya tempoh hari, dia pesan agar saya menjaga diri baik-baik dan jaga kelakuan. Saya tidak merasa apa-apa, kerana dia seorang ayah yang sihat.

“Kalau dia sakit pun seperti orang sakit kepenatan saja. Apapun, ayah pergi tanpa menyusahkan anak-anaknya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd memberitahu dia merupakan anak yang paling rapat dengan arwah disebabkan dia adalah anak bongsu dari 10 orang adik-beradik.

“Saya rasa kehilangan. Saya sama sekali tidak menyangka, ayah pergi meninggal kami dalam pada kami merancang untuk membuat kenduri arwah ibu pada 19 September ini.

“Mungkin ini sekadar kebetulan. Ayah saya meninggal dunia pada bulan yang sama dengan arwah ibu pergi. Ibu meninggal dunia pada 19 September 2010 dan ayah pula pula 10 September 2012,” ujarnya.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top