Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
TANGGAL 10 Oktober 2007, seorang rakyat Malaysia telah dipilih mewakili negara untuk bergelar angkasawan pertama yang naik ke angkasa lepas.
Selepas lima tahun bergelar pakar motivasi dengan memberi ceramah di sekolah-sekolah tentang pengalaman di angkasa lepas, kini tiba masanya untuk mendedahkan gambaran sebenar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie ketika berada di ruang yang masih dipenuhi pelbagai misteri itu.
Filem berbentuk rencana itu bakal menemui penonton di Malaysia secara eksklusif pada tahun hadapan.
Diberi judul No 1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal, ia digarap oleh pengarah, Imran Ismail.
“Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman dan kisah benar angkasawan negara pertama kita, yang dirakamkan ketika berada dalam kapal SOYUZ TMA-11.
“Rakaman selama 10 jam itu akan disunting menjadi 90 minit mengikut format sebuah filem.
“Kami juga membuat penambahbaikan sebanyak 30 peratus dan menyelitkan elemen suspen, seram dan juga emosi. Itulah sebabnya, kami memilih untuk membuat filem berbentuk rencana dan bukan dokumentari,” tutur Imran ketika ditemui pada sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jalan Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.
Idea asal penghasilan filem ini merupakan hasrat arwah bapa Sheikh Muszaphar sendiri iaitu Datuk Sheikh Mustapha Abdul Shukor untuk menunjukkan kepada dunia tentang bagaimana perjalanan angkasawan pertama ini ketika berada di angkasa.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Bagi Sheikh Muszaphar sendiri, setelah lima tahun menyimpan rakaman video tersebut, sudah tiba masanya untuk dia menunjukkan kepada dunia, khususnya masyarakat di Malaysia tentang segala persoalanan yang sering diajukan kepadanya.
“Apabila saya mengadakan motivasi serta ceramah, ramai yang bertanyakan saya tentang perasaan dan apa yang saya lihat ketika berada di atas sana.
“Sejujurnya, memang ia sesuatu yang sukar dijelaskan. Namun melalui filem ini, mereka bakal melihat apa yang dapat saya lihat semasa berada di angkasa selama 10 hari itu,” jelas Sheikh Muszaphar.
Tambahnya, ia merupakan janjinya terhadap rakyat Malaysia dan hasratnya yang ingin menyebarkan mesej kepada dunia tentang kebesaran Allah.
“Saya harap selama 90 minit itu, penonton akhirnya akan sedikit sebanyak merasai perasaan yang selama ini saya gambarkan melalui ucapan-ucapan saya.
“Semasa saya menjadi angkasawan, ramai yang mendoakan kejayaan saya. Maka, inilah masa saya membalas semula jasa mereka dengan memberikan tontonan eksklusif kepada rakyat Malaysia.
“Selepas ini, memang kami ada menyasarkan untuk membawa filem ini untuk ditayangkan di luar negara, khususnya di negara-negara Islam kerana mereka ingin mengetahui banyak perkara, sebagai contohnya, cara bersolat di ruang angkasa,” tutur Sheikh Muszaphar yang ingin memberikan paparan terbaik buat rakyat Malaysia melalui filem tersebut.
Buat masa ini, No 1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal masih lagi dalam proses pembikinan. Ia bakal menggabungkan rakaman asal Sheikh Muszaphar sendiri serta eleman tiga Dimensi (3D) dan teknik imej janaan komputer (CGI).
Dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember ini, filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada awal tahun 2013.
Incoming search terms:
- perkara misteri di malaysia (5)
- pengalaman datuk sheikh muzaffar (2)
- misteri cerita spiderman (2)
- NAMA DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL-MASRIE IN TAMIL (2)
- nama angkasawan malaysia pertama in tamil (1)
- negara pertama membuat jamming (1)
- no 1 hari 21 jam 14 (1)
- nombor fon nyah perak (1)
- pekara misteri di malaysia (1)
- bersyukur sebagai warga negara malaysia saradiri (1)
- pengalaman di hospital pantai bangsarr (1)
- pengalamandr halina sheikh muszaphar beranak dam air (1)
- pereka baju pelatih (1)
- senarai cerita kartun jepun rtm 1980 (1)
- senarai kartun jepun 70an (1)



