GADIS DARI SABAH DAN KEKASIHNYA MAUT DALAM KEBAKARAN

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KEADAAN rumah yang terbakar dan menyebabkan sepasang kekasih maut di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu, Johor Bahru semalam.

Sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu di sini mengalami kebakaran semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenis rumah bandar itu berlaku pada pukul 11 pagi dan menyebabkan kedua-dua mangsa, Ang Lye Hock, 52, dan Angielee Ambrose, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, Lye Hock yang merupakan rakyat Singapura dan Angielee yang berasal dari Sabah, sebelum itu dipercayai bertengkar di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum berlaku kebakaran.

Seorang jiran mangsa yang juga pengurus bangunan berkenaan, Baharudin Saffri Aksan, 46, berkata, kejadian disedari ketika dia berada di balkoni untuk membersihkan penyaman udara rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah pasangan itu.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*