JURURAWAT LULUSAN KOLEJ SWASTA AKAN DISERAPKAN KE 130 HOSPITAL KERAJAAN

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seramai 1,681 daripada 8,000 jururawat lulusan kolej swasta yang menganggur akan diserapkan di sebanyak 130 hospital kerajaan bermula akhir tahun ini.

Pengambilan akan diteruskan sehingga 6,724 jururawat diserap ke hospital kerajaan menjelang 2015 dan bakinya dicadang mengikuti skim penempatan singkat atau skim latihan 1Malaysia (SL1M) bagi membolehkan mereka bekerja dengan hospital swasta, termasuk di luar negara.

Kementerian juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan skim penempatan singkat untuk jururawat yang masih menganggur bagi meningkatkan kemahiran,” – Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia sebahagian langkah jangka pendek yang diluluskan kabinet bagi mengatasi masalah pengangguran jururawat lulusan kolej swasta sejak beberapa tahun lalu.

Langkah ini juga bagi memenuhi keperluan kementerian yang memerlukan sehingga 12,000 jururawat untuk mengisi kekosongan serta keperluan di hospital kerajaan bagi tempoh empat tahun akan datang.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

“Ini bermakna separuh daripada keperluan jururawat negara akan diisi jururawat lepasan kolej swasta.

“Kementerian juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan skim penempatan singkat untuk jururawat yang masih menganggur bagi meningkatkan kemahiran.

“Kita juga cadangkan mereka mengikuti SL1M untuk nilai tambah serta kemahiran diri bagi membolehkan mereka bekerja di hospital swasta termasuk luar negara,” katanya kepada BH.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada 8 Oktober lalu berkata seramai 8,000 lepasan kejururawatan gagal mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta kerana ketidakseimbangan peluang pekerjaan dan mutu lepasan jururawat yang rendah.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata angka itu adalah anggaran kasar dengan jumlah yang mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kira-kira 5,400 orang.

Bagaimanapun, menurut Liow kerajaan menyedari isu itu, malah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membekukan sementara pembukaan kolej baru yang menawarkan pengajian dalam bidang kejururawatan sejak tahun lalu.

“Kita juga menaikkan kelayakan akademik mereka yang mahu mengikuti kursus kejururawatan daripada tiga kredit kepada lima kredit bagi mengehadkan pengambilan pelatih baru,” katanya.

Ketika ini, 68 kolej swasta mengeluarkan purata 8,000 jururawat setahun dengan 2,000 orang lagi adalah keluaran 33 kolej kerajaan.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*