NEWSPAPER CUP 2012: SKUAD HARIMAU MUDA MARA KE SEPARUH AKHIR

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SKUAD Harimau Muda (bawah 21 tahun) menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup setelah mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sydney FC di Stadium Pleiku, Vietnam hari ini.

Syahrul Azwari beraksi cemerlang apabila menyumbangkan dua gol pasukan Harimau Muda pada minit keenam dan ke-18.

Pada babak kedua, pasukan Sydney FC bangkit memperkemaskan jentera serangan untuk merapatkan kedudukan namun usaha mereka mudah dipatahkan skuad bimbingan Ong Kim Swee.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Sebaliknya, Hazwan Bakri menambah duka pasukan dari Australia itu apabila menyumbat masuk gol ketiga Harimau Muda pada minit ke-76.

Namun, kelekaan barisan pertahanan Harimau Muda membawa padah apabila Christopher Naumoff dan Peter Triantis, masing-masing menjaringkan dua gol pasukan Sydney FC pada minit ke-78 dan ke-80.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, skuad Harimau Muda pantas bangkit melebarkan kedudukan menerusi jaringan pemain tengah, Irfan Fazail pada minit ke-84.

Harimau Muda yang menjuarai Kumpulan B akan bertemu juara Kumpulan A iaitu sama ada Vietnam atau Thailand pada separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini. – Bernama

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*