Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
Misi pencarian peserta program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (VOKAL) musim kedua kini berakhir. Selepas mengadakan sesi ujibakat sejak September lalu, 16 peserta berjaya dipilih dari lebih dua ribu orang yang hadir bagi mengorak langkah ke peringkat seterusnya.
16 peserta yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita ini kemudian akan berentap di belakang tabir selama empat episod bagi melayakkan diri mereka ke pentas konsert VOKAL. Mereka yang terpilih ialah Nasuha Azhari, Farah Nadeera, Noorhidayu Aiddah Johari, Shareen Fardianti Husin, Ema Fazuana Mehat, Marlleynney Fane J.L Paul, Nur Fatin Nabila Noorsazley dan Nur Nabilah Yusof.
Manakala peserta lelaki yang layak ke sesi pemilihan seterusnya ialah Hendry Francis, Mohd Firdaus Materang, Mohmad Yusof Ahmad, Mohammad Adlizan Baharudin, Abang Abd Hafidz Abang Bujang, Mohammad Ikrima Yahya, Mohammad Syahrul Mohammad dan Yussof Md Shah.
“Secara keseluruhan, dari pengamatan kami, 16 peserta kali ini memiliki kekuatan dan keunikan masing-masing. Dari segi kualiti vokal pula, dari segi purata ia adalah lebih baik dari musim pertama. Kesemua mereka tidak dikira peserta lagi kerana mereka akan berentap di hadapan juri dalam empat episod pertama sebelum hanya 10 hingga 12 sahaja yang bakal terpilih bagi bertanding dalam pusingan seterusnya,” ujar Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa ketika ditemui pada majlis sidang media VOKAL musim kedua di De Palma Inn Hotel, Shah Alam, petang Isnin.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Musim kedua VOKAL masih mengekalkan Faizal Ismail sebagai hos program manakala Mas Idayu dan Azmeer sebagai penasihat vokal dan persembahan. Sepanjang 10 episod, VOKAL turut menampilkan nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Ziana Zain dan Hattan selaku juri tetap.
Bagi menghangatkan lagi sesi pemilihan 16 peserta yang bakal berentap di belakang tabir, dua juri jemputan, Adibah Nor dan Siti Hajar akan menjadi juri bersama selama dua minggu pertama manakala Dato’ Haji Ramli MS dan Faizal Tahir akan menjadi juri jemputan dalam proses penjurian peserta lelaki. Selain itu, Profesor Izzi Haji Ali akan bertindak sebagai Penasihat Motivasi, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Faizal Lok-U sebagai Pengarah Muzik.
Untuk musim kedua, VOKAL masih mengekalkan format permarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Menariknya, jika musim lepas juara berjaya memenangi RM 50,000, namun kali ini hadiah lebih lumayan di mana juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 100,000 manakala naib juara RM 30,000.
Konsert pertama VOKAL akan bermula pada 24 Oktober ini, setiap Rabu, 9.30 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam manakala gelagat peserta membuat persiapan boleh disaksikan menerusi program VOKAL Rutin yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap Rabu jam 6.00 petang.
Incoming search terms:
- peserta vokal bukan sekadar rupa 2012 (60)
- senarai peserta vokal bukan sekadar rupa 2012 (15)
- mohd firdaus materang (14)
- peserta vokal bukan sekadar rupa 2 (10)
- marlleynney fane j l paul (10)
- finalis vokal bukan sekadar rupa 2012 (9)
- Nur Fatin Nabila Noorsazley (7)
- peserta vokal bukan sekadar rupa (4)
- Cerita percutian di jamaica (3)
- nasuha azhari (3)
- fatin bukan sekadar rupa (2)
- mengenal lelaki bujang (2)
- uji bakat wcopa malaysia 2013 (2)
- pelajar yang layak ke maktab perguruan (1)
- peaerta vokal bukan sekadar rupa 2012 (1)




Nak tengok le sbb Adibah Noor jadi juri.