5 Filem Wakil Malaysia Ke Festival Filem Asia Pasifik ke-55

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

Bunohan, Hikayat Merong Mahawangsa, Ombak Rindu, Nur Kasih The Movie dan Songlap merupakan lima filem yang terpilih mewakili Malaysia untuk ke Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF 55) yang bakal berlangsung di Macau, China pada 14 hingga 16 Disember hadapan.  Kelima-lima filem ini oleh jawatankuasa pemilihan di sini berdasarkan keunikan dan kekuatan yang ada pada setiap filem.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merangkap Ketua Delegasi APFF 55, Pansha, pihaknya menyenarai pendek kelima-lima filem itu kerana beranggapan setiap satu daripadanya mempunyai keunikan dan mampu meraih perhatian barisan juri terlibat. Selain itu, kelima-lima filem itu juga mempunyai nilai-nilai seni, lakonan yang hebat serta berkualiti untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

“Hanya lima filem dibenarkan untuk bertanding dari setiap negara. Pihak penganjur telah tetapkan syarat itu memandangkan festival itu disertai oleh 23 buah negara. Untuk penganjuran kali ini, kita telah memilih Bunohan, Hikayat Merong Mahawangsa, Ombak Rindu, Nur Kasih The Movie dan Songlap untuk mewakili Malaysia. Kesemua filem ini dipilih kerana ia mewakili genre filem yang berbeza, selain dipercayai mampu menarik perhatian juri profesional di sana nanti.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Selain mempunyai jalan cerita yang menarik, filem-filem ini juga mempunyai nilai-nilai seni, lakonan yang hebat serta berkualiti untuk dipertandingkan. Memang ada di antaranya tidak mendapat sambutan hangat di pawagam seperti Bunohan dan Songlap, tetapi kedua-dua filem ini telah mendapat perhatian antarabangsa sebelum ini. Harap-harap kita tidak pulang dengan tangan kosong. Saya rasa kita boleh meraih Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik kerana kedua-dua kategori ini bukan mustahil untuk dimenangi,” ujar Pansha pada sidang media acara ini di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Ampang pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak memberitahu pihaknya sentiasa menyokong PFM untuk mengangkat martabat industri perfileman tempatan ke peringkat tertinggi. Jelas Naguib, atas dasar itu pihaknya tidak teragak-agak menaja delegasi Malaysia ke Macau bagi menyertai acara yang disertai oleh 23 buah negara Asia Pacifik itu.

“Saya harap setiap individu yang terlibat dengan festival ini ambil peluang untuk menempatkan filem kita di peringkat tertinggi. Jangan terlalu bergantung kepada kejayaan dalam negara. Finas sentiasa memberi sokongan kepada penggiat filem untuk pergi lebih jauh dan kita mahu filem-filem tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Saya melihat penglibatan kita dalam APFF 55 ini sebagai sesuatu yang membanggakan kerana yakin industri filem kita sedang berkembang dengan baik.

Bagaimanapun, untuk tahun-tahun akan datang, saya mengharapkan ada penyertaaan daripada filem Cina, Tamil mahupun filem Inggeris tempatan.

Maya Karin, Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Ummi Nazeera merupakan barisan pelakon yang akan turut serta dalam delegasi Malaysia ke APFF 55. Selain itu, pengarah Ombak Rindu, Osman Ali juga akan turut serta.

Speak Your Mind

*