Panas!..

BADMINTON TERBUKA HONGKONG: PEMAIN NEGARA PULANG DENGAN TANGAN KOSONG

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

 Pemain badminton negara pulang hampa, gagal menembusi Tembok Besar China dalam Terbuka Hong Kong apabila perseorangan lelaki, Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tunduk kepada lawan masing-masing dari China, pada aksi final semalam.

Mimpi ngeri Chong Wei yang diletakkan pemain pilihan pertama berulang apabila dia tewas sekali lagi kepada pemain muda China, Chen Long yang kini menambah rekod lima kemenangan daripada 12 pertemuan.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Chong Wei, 30, diberi tentangan sengit sejak set pertama namun tidak berdaya menandingi Chen Long, 23, yang akhirnya memenangi kejuaraan itu dengan 21-19, 21-17 dalam masa 57 minit.

Selepas memendekkan cuti perkahwinannya baru-baru ini bagi bersaing dalam kejohanan itu, kekalahan itu menyebabkan Chong Wei yang membuat kemunculan final kelima pada Siri Super musim ini gagal melengkapkan kejuaraan selepas merangkul gelaran Terbuka Denmark, Terbuka Jepun, Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea.

Kien Keat-Boon Heong pula yang berpeluang menamatkan kemarau kejuaraan tahun ini tidak berupaya menjinakkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012 London, Cai Yun-Fu Haifeng apabila wakil China itu menang 21-16, 21-17 dalam tempoh 43 minit.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top