KECEWA OBAMA DI PILIH SEMULA, WANITA LANGGAR SUAMI TAK MENGUNDI

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Seorang wanita dari Arizona yang sedih dengan pemilihan semula calon Parti Demokratik, Presiden Barack Obama, mengejar kemudian melanggar suaminya dengan kereta keluarga mereka di pinggir bandar Arizona Sabtu lalu kerana suaminya itu tidak mengundi dalam pilihan raya itu, kata polis, semalam.

Holly Solomon, 28 ditahan kerana melanggar suaminya, Daniel Solomon dan polis mengejarnya ketika suaminya itu masih tersepit di bawah kenderaan berkenaan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)

Jurucakap Polis Gilbert, Sarjan Jesse Sanger berkata, Daniel, 36, berada di dalam kedaan kritikal dan kini dirawat di hospital tempatan dan dijangka selamat.

Daniel berkata, isterinya berang kerana “dia tidak berminat untuk mengundi” dalam pilihan raya presiden Selasa lalu. Holly percaya keluarganya akan susah sekiranya Obama menang untuk penggal ini.

Saksi berkata, pasangan itu bergaduh di tempat letak kereta dan pertengkaran terus memuncak.

Holly kemudian mengejar suaminya di tempat letak kereta itu dengan kereta sambil menjerit sementara Daniel cuba berlindung di belakang tiang lampu, kata polis.

Daniel dilanggar ketika cuba berlari ke jalan berdekatan. – Reuters

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*