Panas!..

DIVIDEN/BONUS ASB 2012|DIVIDEN 7.75 SEN, BONUS 1.15 SEN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

 asbPemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini, Jumaat.

Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.

“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus,” katanya.

Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.

Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. – BERNAMA

Incoming search terms:

One comment

  1. bila tarikh penutupan kiraan dividen bagi tahun 2013??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top