Panas!..

20 PERSONALITI DI LANTIK DUTA 1MALAYSIA|SENARAI DUTA 1MALAYSIA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

DUTA 1MALAYSIAPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 20 personaliti belia termasuk pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong sebagai Duta 1Malaysia.

Najib berharap pelantikan tersebut akan membolehkan 1Malaysia for Youth (1M4U) berfungsi sebagai gerakan massa dalam kalangan orang muda serta mencetuskan perasaan teruja untuk mereka terlibat dalam aktiviti pembinaan negara bangsa.

Selari dengan pelantikan tersebut, Perdana Menteri berkata, satu aktiviti kesukarelawan besar-besaran melibatkan orang muda serta pemimpin peringkat Persekutuan dan negeri akan diadakan pada 3 Februari ini di seluruh negara.

”Kita akan lakukan satu aktiviti menyeluruh atau gerakan massa dari Perlis hingga ke Sabah untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawan secara serentak melalui tema Malaysiaku Yang Indah.

”Saya sendiri akan terlibat dalam aktiviti ini bersama-sama dengan setiap menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah dan Watikah Pelantikan Duta 1Malaysia di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Sebanyak 20 ikon belia termasuk artis, ahli sukan dan peniaga yang dilantik sebagai Duta 1Malaysia itu ialah Abdul Jabbar Mohammed Kahar (Imam Muda), Afdlin Shauki, Anand Rajaram, Roshan Chandrasekhar, Datuk Nicol Ann David, Khairul Fahmi Che Mat, Deborah Priya Henry, Datuk Lee Chong Wei, Jack Lim dan Lim Kok Gin.

Yang turut dilantik ialah Mohammed Noh Salleh (Noh Hujan), Mohd. Zhariff Afandi, Joel Neoh Eu-Jin, Shila Amzah, Pandelela Rinong, Sazzy Falak, Shazrina Azman Hashim (Mizz Nina), Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet), Michael Teoh dan Zulfahmi Khairuddin.

Perdana Menteri berkata, orang muda merupakan aset terpenting negara dan mereka perlu memberi sumbangan yang menjangkau kepentingan masing-masing.

”Melalui semangat sukarelawan, mereka boleh menyumbang kepada kepentingan komuniti dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Pandelela berkata, beliau berharap dirinya akan menjadi sumber inspirasi kepada belia untuk mengejar impian masing-masing.

”Saya berharap orang muda di Malaysia tidak mudah mengalah dan boleh melakukan yang terbaik untuk mencapai apa yang diimpikan,” katanya.

Seorang lagi Duta 1Malaysia, Afdlin Shauki berkata, beliau akan menggunakan kedudukan baharu yang diterima hari ini untuk menerangkan keindahan Islam kepada mereka yang kurang memahami agama tersebut.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top