MARI BELI KERETA BATMAN

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

BatmobileLOS ANGELES, Amerika Syarikat – Kereta asal Batman, Batmobile yang muncul dalam siri televisyen adi wira itu pada tahun 1966 dijangka dilelong pada 19 Januari tahun depan, kata Rumah lelongan Barrett-Jackson kelmarin.

Menurut Barrett-Jackson, kenderaan tersebut pernah muncul dalam beberapa siri televisyen Batman serta filem yang dibintangi aktor Adam West.

“Kereta Batmobile 1966 merupakan antara kereta terkenal dalam sejarah Hollywood dan ia menjadi ikon sebenar Batmobile sehingga kini,” kata pengerusi Barrett-Jackson, Craig Jackson dalam satu kenyataan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Menurut rumah lelongan itu, kereta Batmobile yang direka George Barris merupakan ilham daripada sebuah kereta konsep Lincoln Futura pada tahun 1955.

Kereta itu mempunyai beberapa gajet istimewa termasuk Batphone, Bat Eye Switch dan Bat Smoke.

Ia akan dilelong di Scottsdale, Arizona.

Jackson yang juga ketua pegawai eksekutif Barrett-Jackson dilaporkan berkata, lelongan kereta itu mampu mencecah jutaan dolar. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2H3oydYlY
Hakcipta terpelihara

Speak Your Mind

*