PLKN: PROGRAM PELATIH GEMUK

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

plknPelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang menghadapi masalah berat badan atau obesiti diwajibkan menjalani Kokurikulum Gaya Hidup Sihat yang bakal diperkenalkan mulai April depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, program melalui modul latihan fizikal itu bertujuan melatih remaja, terutama yang berdepan masalah itu untuk memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang ideal.

Katanya, Gaya Hidup Sihat yang dijangka mula diikuti pelatih kumpulan 2, siri 10/2013 itu antara usaha penambahbaikan modul latihan fizikal hasil kajian oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bekerjasama dengan JLKN.

“Melalui Gaya Hidup Sihat ini, pengukurnya bagi semua pelatih adalah BMI.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Bagi pelatih yang mengalami masalah berat badan iaitu BMI mereka melebihi 26, mereka perlu mengikuti latihan tambahan berbanding pelatih biasa dan kami pantau pelatih berkenaan dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan sama ada sistem yang dilaksanakan itu berkesan atau tidak.

“Kami berharap cara ini dapat membantu melatih remaja supaya berada dalam gaya hidup sihat di samping mengekalkan berat ideal,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pergerakan 5,380 pelatih kumpulan 1, siri 10/2013 dari Perak yang akan mengikuti latihan di 10 kem PLKN di Kompleks Rakan Muda Bukit Jana, Kamunting di sini, semalam.

Sempena majlis itu, beliau melepaskan 402 pelatih dengan menaiki sembilan bas yang membawa pelatih ke lima kem PLKN di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Hadi berkata, JLKN dan UPSI berbincang memberi peluang kepada jurulatih PLKN memasuki dan mendapat latihan di institusi berkenaan supaya mereka mendapat pendedahan lebih mendalam yang boleh dimanfaatkan bagi melatih pelatih.

“Kini 3,500 jurulatih dengan 90 peratus bahagian fizikal,” katanya.

Comments

  1. bagusla untuk yang ada masalah berat badan tp harap lps plkn pun boleh amalkan hidup yang sihat baru tak gemuk.

Speak Your Mind

*