Perbezaan Anak Pelihara Dan Anak Angkat

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

anak angkatKEHADIRAN anak dalam keluarga sememangnya akan menceriakan lagi kehidupan terutama kepada pasangan yang sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Untuk meredakan keresahan dan kesunyian, ada pasangan yang mengambil anak angkat sebagai cara meluahkan kasih sayang mereka.

Namun, di sebalik pengambilan kanak-kanak itu, masih ramai yang tidak tahu konsep sebenar antara anak angkat dan anak pelihara yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM).

Menurut Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Arfan Sulaiman, terdapat perbezaan maksud antara anak pelihara dan anak angkat.

“JKM hanya mengendalikan urusan anak pelihara (foster child) manakala perkara berkaitan anak angkat di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Pihak kami menyediakan program anak pelihara bagi yang berminat mengambil kanak-kanak untuk dijaga. Melalui program ini, mereka ditawarkan kanak-kanak untuk dipelihara selama dua tahun.

“Setelah tamat tempoh terbabit, ibu bapa pelihara boleh membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pemeliharaan atau menjadikan kanak-kanak sebagai anak angkat mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 yang dibuat melalui JPN,” katanya.

Kanak-kanak berkenaan di bawah kategori Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu, bapa atau penjaga dan kanak-kanak yang terbuang saja di JKM.

Prosedur terbabit bagi memastikan kanak-kanak yang diberikan bertepatan dengan kehendak dan kesesuaian pemohon. Pemohon boleh menyatakan kriteria kanak-kanak yang diinginkan dari segi umur, bangsa, jantina, status kanak-kanak dan seumpamanya.

Ia bertujuan menjamin kesejahteraan kanak-kanak dan perkembangan emosi serta fizikal mereka bagi membolehkannya membesar dalam keluarga yang baik.

Bagi memudahkan prosedur permohonan anak pelihara, JKM memaklumkan keputusan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).

“Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat sering tersalah anggap prosedur berkenaan melecehkan apabila setiap permohonan mengambil masa sebelum mereka ditawarkan anak pelihara,” katanya.

Selain melalui JKM, permohonan anak pelihara atau anak angkat boleh dibuat melalui ibu atau ibu bapa kandung kanak-kanak yang berhasrat untuk menyerahkan anak mereka untuk dijadikan anak pelihara. Namun mereka hendaklah mendapatkan surat keizinan penyerahan daripada ibu atau ibu bapa kandung kanak-kanak berkenaan dan surat keizinan penerimaan penjagaan kanak-kanak oleh penjaga yang ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah.

Mereka juga wajib melaporkan kepada PKMD berdekatan tempat tinggal mengenai pengambilan kanak-kanak berkenaan ke dalam jagaan mereka tidak lewat dari tujuh hari seperti yang di tetapkan dalam Seksyen 35 AKK 2001.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Kami menyediakan perkhidmatan sokongan bercorak kaunseling dan bimbingan kepada ibu bapa pelihara yang menerima tawaran sebelum kanak-kanak diserahkan dan dalam tempoh penjagaan dua tahun.

“Ia membolehkan mereka diberi pendedahan dalam aspek penjagaan kanak-kanak. Selain itu, pemantauan akan dijalankan untuk memastikan kanak-kanak dipelihara dengan baik dan sempurna.

“JKM tidak mempunyai masalah untuk menerima kembali kanak-kanak yang dipulangkan ibu bapa pelihara mereka. Namun perlu diingat kanak-kanak berkemungkinan menghadapi trauma dan tekanan emosi kerana dirinya tidak dikehendaki,” katanya menambah, jabatan juga mempunyai kuasa mengambil semula anak pelihara seandainya didapati anak itu didera atau diabaikan.

Sekiranya ibu bapa pelihara meninggal dunia dan ada waris pasangan berkenaan berminat untuk meneruskan penjagaan kanak-kanak terbabit, mereka perlu membuat permohonan baru di PKMD berhampiran.

Bagi program anak pelihara JKM, setiap kanak-kanak yang ditawarkan biasanya daripada kes kanak-kanak yang diabai dan tiada penjaga.

Pihak JKM berusaha mengesan waris mereka misalnya melalui siaran akhbar tetapi jika tiada tuntutan dibuat, barulah kanak-kanak itu boleh dijadikan anak pelihara.

Masalah menuntut untuk membela semula kanak-kanak berkenaan daripada keluarga kandung tidak akan timbul. Setiap kanak-kanak yang diserahkan sebagai anak pelihara melalui program JKM akan dipantau selama dua tahun sebelum proses pengangkatan dibuat di JPN.

“Kami menggalakkan usaha penempatan anak ini sesuai dengan keluarga pelihara supaya mereka berpeluang untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan terjamin. Selain itu, pasangan yang tidak mempunyai zuriat boleh berkongsi kasih sayang dengan anak pelihara,” jelasnya.

Pemohon yang berminat untuk mengambil anak pelihara atau anak angkat melalui JKM perlu membuat permohonan di PKMD berhampiran dengan mengisi borang dan menyertakan dokumen yang lengkap atau menerusi www.jkm.gov.my.

Tambah Arfan, pemohon perlu bersabar kerana JKM tidak boleh memberi jaminan tarikh untuk mendapatkan anak pelihara seperti diinginkan kerana ia bergantung kepada senarai yang ada dan sesuai mengikut permohonan.

Syarat yang ditetapkan mengambil kira keperluan terbaik kanak-kanak dan menjamin masa depannya. Antara syarat diambil kira:

  • Ibu atau bapa peliharaan hendaklah warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Ibu atau bapa peliharaan hendaklah berumur antara 25 tahun dan di bawah 60 tahun.
  • Ibu atau bapa peliharaan hendaklah mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  • Ibu atau bapa peliharaan hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal dan bebas daripada rekod kesalahan jenayah.
  • Keadaan tempat tinggal ibu atau bapa peliharaan selesa dan selamat.
  • Ibu atau bapa peliharaan hendaklah menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
  • Berkahwin secara sah selama lima tahun dan lebih. Bagi perkahwinan yang kurang daripada itu, boleh dipertimbangkan jika disahkan doktor mengalami masalah kesuburan.
  • Disahkan doktor pakar menghadapi komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau mendapatkan anak.
  • Peluang mendapatkan anak tipis kerana faktor usia.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bezaanakpelihara_anakangkat/Article/index_html#sthash.nwgLNrJq.dpuf

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*